syed.jpg

Nama Penuh

Syed Hafidz Al-Nashreaq B. Syed Mahadzir

Nama Tak Penuh

Syed @ Hafidz @ CekDet

Tarikh Lahir

14/12/1986 (22 thn)

Adik Beradik

7 orang, anak ke-2

Latar Belakang Pendidikan

  • 1993-1998 : SK Sri Langat, Banting & SRA Banting (Darjah 1-6)
  • 1999-2001: Sek Agama Men Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (Tgktn 1-3)
  • 2002-2003: MRSM Serting, n.9 (Tgktn 4-5)
  • 2004-2005: Kolej Matrikulasi Melaka
  • 2005-Kini  : Universiti Utara Malaysia (Srjna Muda Statistik Industri)

Cita-cita

Usahawan/Pelabur Hartanah & Ahli Politik

Hobi

Baca buku (genre ideologi, politik, agama, ekonomi, bisnes internet/konvensional & pelaburan), jogging, surf internet & main badminton.

Tentang Saya

Nie kena tanya kawan-kawan yang pernah kenal ngan saya. :) Saya ni simple je orangnye. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki simple. Sangat minat dengan pidato & syarahan (jenis out spoken la gak saya nie). Masa kat sekolah menengah dulu, orang panggil saya “Anwar Ibrahim Jr” coz saya nie aktif berpidato & tiap2 thn wakil sekolah. Kat matriks, lecturer panggil “Sukarno” la plak. Kat U nie, kengkawan panggil “Aristotle”. Takpela asalkan gelaran yang baik2.

Saya jenis mudah mesra ngan orang & suka tersenyum. Saya peminat no 1 Sir Warren Buffet, investor hartanah terkemuka dunia. Tokoh politik yang saya paling kagum Dato’ Paduka Hj Husam Musa, seorang Exco Kerajaan Negeri. Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat knowledgeable, low profile, credible & integriti yang tinggi.

Pengalaman Bisnes Internet:

Saya mula kenal perniagaan internet sejak dari matriks (3 thn lepas). Masa 2, saya hanya menguruskan laman web rakan saya & menyertai beberapa program Affiliate. So, sejak dari 3 thn lepas hingga hujung tahun 2006, saya hanya menumpukan kepada program Affiliate sahaja. Bermula tahun 2007, baru saya mula membuka blog dan web jualan sendiri.

Sehingga kini, saya dah ada 12 laman web perniagaan & 8 blog. Terbaru, saya telah menghasilkan eBook Raja Affiliate, “Teknik Rahsia Meningkatkan Komisen Affiliate Sehingga 500%”, sebuah panduan berkisar tentang pemasaran Affiliate yang berjaya mendapat permintaan dan jualan yang amat memberangsangkan. eBook ini merupakan panduan yang mempunyai niche Affiliate yang paling laris di Malaysia.

Sebarang cadangan / pandangan untuk penambahbaikkan saya dalam perniagaan internet amatlah saya alu-alukan. Sila tinggalkan komen anda pada ruangan komen di bawah.

“SAYA KOMITED DENGAN PERNIAGAAN INTERNET “

 

Sahabat maya anda,

www.RajaAffiliate.com

www.PanduanBinaMinisite.com