Blog SyedHafidz.Com
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Perkara yang paling sukar dalam perniagaan bukanlah “Bagaimana Untuk Menjual & Mendapatkan Keuntungan?” tetapi “Bagaimana Untuk Bermula?”….kerana jika tiada permulaan, maka tidak ada perniagaan - Steve Schricoff ( penulis buku “The Miracle Of Business” )
Pukul 10.00 malam ni saya akan pulang semula ke kampus. Alahai, cepat betul masa berlalu ye sampai saya pun tak sedar kita dah pun seminggu beraya. Mungkin “mood” beraya sudah mula menurun memandangkan ramai di kalangan anda yang sudah mula bekerja atau masuk ke kuliah.
Selepas pulang ke kampus, tumpuan saya dah tentu akan mula terarah kepada peperiksaan akhir semester yang akan berlangsung awal bulan depan. Ditambah lagi dengan assignment yang perlu di submit dan presentation. Walau bagaimanapun, kerja-kerja eBiz perlu berjalan mengikut jadual yang telah saya tetapkan. InsyaAllah, takda yang delay.
Sewaktu saya berada dalam tahun dua di kampus, saya pernah buat kajian berkenaan dengan kecenderungan mahasiswa untuk menjalankan perniagaan. Kajian ini merupakan salah satu daripada assignment yang perlu saya siapkan untuk kursus keusahawanan kalau saya tak silap.
Saya pada ketika itu mengedarkan borang kaji selidik untuk membuat analisis berkenaan. Salah satu daripada soalan yang saya kemukakan adalah “Apakah yang menjadi halangan utama kepada anda untuk menjalankan perniagaan….dan kenapa?”. Lebih kurang begitulah soalannya.
Daripada 200 orang responden yang mengisi borang tersebut, hasil kajian saya mendapati :-
- 49 % mengatakan bahawa halangan utama mereka adalah tidak tahu bagaimana untuk bermula…disebabkan tiada idea dan banyak persaingan.
- 23 % mengatakan halangan utama adalah modal.
- 9 % mengatakan mereka tidak berminat untuk berniaga
- Selebihnya lain-lain halangan seperti tiada motivasi, takut tanggung risiko kerugian, takut kepada persaingan dll.
Daripada kajian skop kecil yang saya buat setahun lepas ni, mungkin anda bersetuju jika saya katakan bahawa halangan utama yang kebanyakkan orang yang baru hendak bermula adalah mereka tidak tahu bagaimana untuk bermula. :p
Secara peribadi, saya juga menghadapi masalah yang sama masa mula-mula dulu. Saya tak tahu dari mana nak bermula. Informasi yang saya dapat daripada eBook, report percuma dan forum-forum terlampau banyak sehinggakan mata saya naik kelabu dah
Dalam erti kata yang lain, “information overload”.
Tapi, selepas saya membeli buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” karangan SaifulSham, baru saya dapat “sterile”kan semula kefahaman saya dan nampak jalan untuk bermula. Jika tidak, mungkin saya masih lagi terkapai-kapai dalam kelemasan sehingga hari ini..
Maka, saya rasa elok juga kalau saya dapat berkongsi dengan anda langkah demi langkah bagaimana untuk anda memulakan perniagaan internet anda sendiri. Ia lebih kepada berdasarkan pengalaman dan pandangan saya sendiri.
Langkah Satu : Tentukan Idea
Ini merupakan perkara yang paling asas menurut pandangan saya. Dengan ada idea, anda akan dapat merancang langkah seterusnya iaitu menentukan kajian pasaran pada idea tersebut.
Langkah Kedua : Lakukan Kajian Pasaran (Market Research)
Proses ini sangat penting untuk mengenal pasti sama ada idea yang bakal anda jelmakan dalam bentuk produk itu benar-benar mempunyai pasaran atau tidak. Aspek ini sangat teknikal memandangkan pasaran yang anda nak kaji adalah pengguna internet. Dah tentu adalah memerlukan skills tertentu untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai pasaran anda.
Langkah Ketiga : Kumpulkan Maklumat dan Pengisian (Contents)
Proses ini walaupun tidak lah terlalu sukar atau teknikal, tetapi paling panjang tempoh masanya. Dalam erti kata yang lain, paling lama masa yang perlu anda peruntukkan. Ini kerana proses ini memerlukan anda menyediakan content yang terbaik bagi perniagaan yang anda nak jalankan. Contents yang saya maksudkan barangkali berbentuk audio, artikel, video tutorial, foto dll. Bergantung pada apa yang hendak anda jual.
Langkah Keempat : Membina Laman Web
Kalau dah namapun bisnes internet, mestilah kena ada laman web, betul tak?
Sampai ke peringkat ini, anda memerlukan kemahiran teknikal untuk membina laman web. Jika anda seorang yang mahir atau sekurang-kurangnya mempunyai asas dalam pembinaan laman web, maka dah tentu ia memberikan keuntungan kepada anda. Jika tak, anda mungkin perlu mengambil masa untuk belajar atau upah orang lain jika ada modal.
Konsep laman web anda bergantung pada apa bentuk produk yang hendak dijual. Boleh jadi konsep mini site, blog, shopping cart dsb.
Langkah Kelima : Beli Hosting dan Domain
Setelah siap laman web, anda perlu pula “online”kan laman web tersebut supaya boleh diakses ke seluruh dunia melalui domain dan hosting. Saya tak ulas panjang perkara ini coz saya tahu anda sudah faham apa itu domain dan hosting dan apa kegunaannya.
Langkah Keenam : Lancarkan Promosi dan Pemasaran
Untuk mendapatkan pengunjung yang ramai ke laman web anda dengan harapan mereka akan menjadi pelanggan produk anda, promosi perlu di lakukan. Tidak ada sesiapapun yang tahu akan kewujudan laman web anda jika tiada sebarang usaha promosi dijalankan.
Pada pandangan saya, inilah langkah yang perlu anda ikuti saya persatu jika anda ingin memulakan perniagaan internet. Mungkin ada usahawan internet lain yang mengetengahkan langkah-langkah tambahan yang lain atau menggabungkan langkah-langkah menjadi satu, tetapi secara asasnya tidak kurang bezanya. Sebab itulah saya katakan di awal tadi ini berdasarkan pandangan dan pengalaman saya.
InsyaAllah pada post akan datang saya akan perincikan setiap langkah yang saya cadangkan supaya anda akan dapat pengetahuan yang lebih teknikal dan praktikal untuk memudahkan pemahaman anda. In other words, post ini baru permulaan.
Sekian
October 30, 2008 - 2:26 pm
banyak giler nested? hehehe dah ramai burung yang wat sarang kat sini.. siap yang sarang dah ade bertelur hehehe.. so persainagan semakin sengit lah..
contest2u’s last blog post..Contest 1st
October 30, 2008 - 2:28 pm
hehehe mengandungkan komen la kan.. bukan mengandungkan anak hehe.. aku rasa ok la jugak semakin banyak comment yang datang..
contest2u’s last blog post..Contest 1st
October 30, 2008 - 3:19 pm
Kadang-kadang kita lupa keraan asik berbual kosong atau hanay pndai cakap sahaja tnpa mahu bertindak tapi pada masa yang sama ingin mendapat kejayaan dalam masa yang singkat dan lumayan
KampungBoy’s last blog post..JuruKomen TipTop Contest Kat Blog ChekDeT !!!
October 30, 2008 - 3:23 pm
tukar la jadi tip-top-topo hohohoh tu la pasal.. dah 2300 dah komen kat sini.. hohho dasat gile penangan contest si syed ni.. hoho sampai diap pon dah tak menang tangan nak reply komen.. hohoh
topo’s last blog post..topo rasa macam nak beli handphone baru la.. korang ada cadangan??
October 30, 2008 - 3:25 pm
betul tu.. ramai yang pandai bercakap je.. bila dah berjaya sikit je dah mula lupa diri.. terus jatuh menjunanm.. hoho sia-sia je ape yang diusahakan tu.. hohoho
topo’s last blog post..topo rasa macam nak beli handphone baru la.. korang ada cadangan??
October 30, 2008 - 3:55 pm
Yaya…aq tengok kt blog Chekdet nie….makin gemok-gemok komen kat post dia. hai…muka da senyum r tuan tanah pasni….bagus2…
KampungBoy’s last blog post..JuruKomen TipTop Contest Kat Blog ChekDeT !!!
October 30, 2008 - 7:04 pm
tu la..jumpe kwn2 lame balik …
tak sangka plak aku..
pasni aku rase mkin ramaila kawan yg aku jumpe..
Pjoel’s last blog post..The Basics Lesson Of Student Loan Debt Consolidation
October 31, 2008 - 11:48 pm
tu la pasal.. banyak je aku nampak kawan ko ni pjoel.. aku pon nak buat jejak kasih gak la kat intenet ni.. nak carik kawan lama.
topo’s last blog post..plugin yang topo gunakan dalam topotato.com
November 1, 2008 - 7:19 am
memang masyuk habis la dia ni.. hohoho bukan laptp je.. henset pon dia pernah bagi hadiah kat orang.. relax je.. hohoho
topo’s last blog post..plugin yang topo gunakan dalam topotato.com
November 1, 2008 - 7:20 am
ya-ha tepat sekali tu.. produk je kualiti tapi kita tak pandai nak praktikkan tak guna gak beb.. hoho membazir je beli memahal..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:21 am
dan langkah pertama tu la yang paling susah sekali.. hoho banyak cabaran tu nak mulakanlangkah pertama tu. yang ke 2 ke 3 dah senang sket..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:22 am
nak jadi affiliate memang la senang beb… tapi nak suruh orang beli brang yang kita jadi affiliate tu bukan senang.. hohoho
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:23 am
hohoh yup thinngs ae not what like they seen.. hoho betul ke ayat aku ni.. oho kira betul je la.. nampak je susah beb. tapi kalu lepas kita cuba.. dah susah sangat pon..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:24 am
hohoh bagus la kalau ko tau ko boleh wahai en pjoel.. hohoho yup betul tu.. fokus memang masalah utama.. hoho aku pon susah nak fokus gak beb..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:25 am
oleh itu ko kena la selalu bagi tips macam mana nak fokus dan praktis tu.. hhoho sila la beri tunjuk ajar ye.. aku pon nak beljar jugak..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:26 am
ohohoh aku pon bersemangat waja gak nak tau apa yang si syed nak kongsikan ni.. hoho aku pon nak belajar ga beb.. banyak lagi yang aku tak tau ni..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:27 am
ya-ha tepat skali.. memang berlambak.. dan termasuk la jugak ebook sampah.. kena pandai carik then baru kena pandai praktikkan..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:29 am
yup buat check list dulu.. tetapkan matlamat dan tujuan.. pastu cari cara bak capai matlamat dan tujuan tu.. pastu cari la pape rujukan bila tak tau.. hohooh
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:30 am
hoho income aku dari nuffnang baru berapa sen sangat.. hoho baru je RM 50.. hoho tu kira first duit aku based on pengiklanan kat internet la tu..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:32 am
hoho kalau trafik ko meletup.. boleh dapat banyak la bro.. cam aku ni.. dah dekat setahun baru dapat RM 50 je.. hoho trafik aku tak meletup sangat beb..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:33 am
yup kata-kata titan tu memang betul.. tu semua kira dugaan la tu.. kita kena pandai cari peluang dan gunakan semua peluang yang ada tu.. hohooh
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:34 am
heheh ada lah cara aku.. hohoh dah lama aku kumpulkan.. tunggu masa nak letupkan je.. hooh tapi perlukan komitmen beb.. tu la yang aku kurang sekarang ni..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:36 am
yup team tu memang penting.. melalui team segala kelemahan boleh diperbaiki.. masa pon boleh dijimatkan.. hohoho tapi kena pandai cari team la
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:38 am
hoho mungkin betul gak.. sekarang ni pon aku dah mulakan sikit2.. tapi sangat sikit la.. hohoh aku belum ada komitmen yang cukup lagi..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:40 am
hohoh ayat tu tak ganas sangat.. tak sensored pon tak pe rasanya.. hohoho tapi memang betul beb.. dah sarat teruk dah komen kat sini..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:44 am
memang dasat beb.. ni la top commentators contest yang paling gile pernah aku join.. hoho dalam sebulan bleh ada 3000 lebih tu komen dia.. hoho
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:46 am
hahah komen gemok.. memang dah gemok dah pon.. tunggu masa nak muntah je. hoho mana tak nya sorang2 suma ada ratus-ratus komen kat sini.. hooho
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..