Salam sejahtera,

Mungkin tulisan yang saya tulis sudah biasa didengar dan diulas oleh IM-IM yang lain. Tetapi saya merasakan saya perlu mengulas dan mengulang semula kerana melihat masih ramai lagi yang teraba-raba untuk memulakan perniagaan internet mereka.

Dalam forum komuniti, saya perhatikan persoalan yang sama ditanya oleh IM yang “newbie” :- “Camne nak bermula?” “Saya dah ada idea tapi tak tahu camne nak start…” ….dan soalan-soalan yang sama waktu dengannya.

Basis kepada persoalan-persoalan di atas adalah perancangan dalam perniagaan “business planning”. Kenapa saya katakan begitu?

Anda tidak merancang sebab tu tak tahu macamana nak bermula. Jika anda dah membuat perancangan rapi dan tersusun, sudah tentu anda akan nampak secara jelas di atas kertas apa perkara yang perlu anda lakukan….dan di situ anda akan tahu di mana harus bermula :)

Persoalannya, kenapa anda perlu merancang? Kenapa tak “gamble” je? Boleh siap jugak keje kan?

Ada beberapa sebab kenapa anda perlu merancang;

1# Berbalik kepada persoalan pertama tadi, di sinilah anda akan nampak dengan lebih jelas di mana anda perlu bermula. Bayangkan tanpa perancangan, adakah anda akan bermula? Mungkin ya mungkin tak kan? Kalau ya pun, mungkin lambat.

2# Dalam perancangan biasanya kita akan set masa. Katakan anda nak launch sesuatu projek 4 minggu dari sekarang. So, anda kena bermula dari hari ni. Anda perlu tentukan apa yang perlu dilakukan dalam tempoh 4 minggu sebelum launch. Apa yang perlu dilakukan pada minggu yang pertama, kedua dan seterusnya.

3# Dengan perancangan yang baik, anda juga akan lebih berdisiplin dalam menjalankan projek. Bayangkan kalau takda plan, sudah tentu anda akan melengah-lengahkan kerja yang mungkin pada akhirnya akan tergendala begitu saja.

4# Jimat masa. rentetan daripada setting masa yang saya jelaskan pada point ke-2, anda sebenarnya boleh menjimatkan masa.

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan-kelebihan merancang anda saya yakin anda sendiri tahu dan boleh senaraikan. Saya letakkan kepada anda untuk menilai semula sejauh mana anda dapat merealisasikan idea anda kepada perniagaan yang berjaya melalui perancangan yang sempurna dan berdisiplin.

So, mari mula merancang dari sekarang.

“If you fail to plan then you plan to fail”

Selamat maju jaya!