Blog SyedHafidz.Com
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Nota Maya Usahawan Internet Muda

Salam sejahtera,
Fuhh…nyamannye udara hari nie..:)
Setelah hampir 3 bulan (bermula daripada bulan Mei yang lepas), saya banyak mendedikasikan masa dan komitmen saya dengan projek JV (joint venture) yang saya jalankan bersama dengan rakan IM (Internet Marketer) saya di luar negara. Selama tu jugalah fokus saya pada pasaran tempatan terpaksa saya kurangkan. Blog saya kurang di update, saya juga kurang “melepak” di forum WangCyber, dan juga kurang meng”komen” diblog-blog otai IM tempatan kegemaran saya.
Ramai yang perasan “kehilangan” saya. Ada yang email dan SMS bertanyakan khabar. Terima kasihlah banyak-banyak kepada rakan-rakan yang mengingati saya…ho!ho!..Saya perhatikan hits dan unique visitors untuk blog ini juga menurun siket sejak 3 bulan ni, tapi taklah menurun secara mendadak. Turun siket je..
JV saya dengan IM luar negara sebenarnya masih belum berakhir lagi. Ada 2 lagi projek yang perlu saya selesaikan dalam tempoh masa 3 bulan dari sekarang.
Sebenarnya banyak yang saya nak celotehkan dan cerita kepada anda, banyak perkara yang saya nak kongsikan dengan rakan-rakan sekalian sepanjang masa saya terlibat dengan projek JV nie. Ada yang manis dan kurang yang masin pahit. Tapi tulah, bila nak menulis nie, tiba-tibalah pulak idea menjadi kering.
Mungkin ramai yang berasa JV dengan IM luar negara merupakan suatu perkara yang mustahil dan agak sukar dilakukan. Saya setuju kalau anda berpandangan ianya sukar, tapi saya tak setuju kalau anda katakan ianya mustahil. Nothing impossible in the world!
Dengan mengandaikan yang anda sudah memahami apa maksud dan kepentingan JV, pada post kali saya akan lebih cenderung kepada persoalan-persoalan yang melibatkan persepsi negatif apabila kita JV dengan IM luar negara dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Tetapi, jika anda masih kurang faham apa itu JV, anda boleh mendownload eBook “JV Secret” secara PERCUMA di sini.
Berbalik kepada persoalan yang saya nyatakan sebentar tadi, saya perhatikan rata-rata ramai usahawan internet tempatan “kurang berminat” untuk JV dengan IM luar negara atas sebab-sebab seperti berikut:
1- Kurang kemahiran Bahasa Inggeris.
Ramai yang tak berani nak JV dengan mereka coz nak kena cakap dalam Bahasa Inggeris. Alasannya, tak yakin nak berkomunikasi dengan mereka. Almaklumlah, kang silap cakap, malula pulak.
2- Takut ditipu.
Takut kena tipu. Almaklumlah, dalam dunia realiti, mereka berada nun jauh beribu batu daripada kita. Kalaulah kena tipu, memang gerenti tak boleh nak buat apa-apa. So, langkah paling selamat, lupakan jela niat nak JV dengan diorang.
3- Kurang kemahiran teknikal.
Ni persoalan yang berbalik kepada kurang mahir dalam bahasa inggeris. Bila dah “kureng” dalam bahasa inggeris, dah tentulah kita tak mampu nak hasilkan salesletter yang baik, email marketing yang approachable dan persuasive, apatah lagi nak hasilkan produk (especially produk digital macam eBook).
4- Kurang keyakinan
Kurang keyakinan saya maksudkan di sini adalah kurang keyakinan untuk bersaing dengan pasaran luar negara. Ya, pasaran luar negara memang sangat competitive dan luas saujana mata memandang. Sukar untuk kita bersaing dengan IM luar yang bertaraf “Guru” dan pakar-pakar yang diiktiraf kepakaran mereka oleh seluruh dunia. Kalau kat Malaysia kita baru ada “millionaire”, tapi di luar sana mereka sudah “billionaire”.
Seperti yang saya katakan awal tadi, tiada perkara yang mustahil. Susah dan senang adalah perkara yang biasa dan natural. Mula-mula saya juga merasakan begitu. Susah dan tak mungkin boleh dilakukan. Tapi bila mencuba, tanggapan saya silap sama sekali.
Ubah cara anda berfikir
Ya, pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah ubah cara anda berfikir. Sebenarnya, halangan yang wujud pada diri kita banyak dipengaruhi oleh fikiran dan persepsi yang negatif.
Sebenarnya, perkara yang mungkin anda sangkakan taklah seperti yang anda bayangkan;
1. Kurang berkemahiran dalam Bahasa Inggeris. Sebenarnya ini bukanlah halangan yang besar pun. Pengalaman saya berurusan dengan orang luar negara, mereka ni kurang cerewet dan tak banyak bercakap. Mereke juga tak pentingkan sangat kita ni pandai ke tak cakap BI. As long as kita ni komited dan boleh dipercayai, mereka akan mudah berurusan dengan kita. Seperkara lagi, mat saleh ni tak macam kita. Kita kalau dengar orang cakap inggeris tak betul, komfem kite gelakkan dia punya…betul tak? Tapi mereka tak macam tu. Mereka sangat berbangga kalau ada orang luar yang cuba berbahasa Inggeris even cakap tunggang langgang. Ini satu sikap mereka yang saya puji. So, samada anda fluent atau tak, cuba juga bercakap. Kalau dah tak boleh sangat, minta tolong sesiapa saja orang terdekat yang mahir untuk berurusan dengan mereka. Apa salahnya? ?
2. takut kena tipu. Takda apa yang perlu ditakutkan. Risiko ditipu ni berlaku di mana-mana saja, malahan dalam pasaran tempatan pun banyak berlaku penipuan. So, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, selidik dulu dengan siapa anda hendak JV. Cuba kenalpasti track record mereka. Anda boleh cek di blog, forum-forum dan bertanya dengan bekas pelanggan yang pernah membeli atau menerima perkhidmatan daripada mereka. Inilah perkara yang saya lakukan sebelum menghantar apa-apa proposal kepada prospek JV yang saya minat. Seperkara lagi, elakkan daripada menjalankan JV dengan newbies. Bukanlah saya prejudis dengan newbie, tapi sebagai langkah berhati-hati. newbies ni kita sedia maklum masih baru. So, takda track record yang trustable dan reliable. tapi, kalau anda betul-betul percaya dengan newbies ni, tak mengapalah.
3. kurang kemahiran teknikal. Pada hemat saya, anda janganlah terlampau mencari kekurangan dalam diri anda. Jika anda kurang dalam perkara teknikal, masih banyak lagi perkara lain yang boleh anda jalankan. Bincang secara bijak dengan rakan JV anda. Mungkin anda tak mampu menghasilkan sebuah salesletter yang “membunuh” kerana anda tak mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang baik, tapi anda boleh membuat perkara teknikal yang lain seperti memasang skrip affiliate, autoreponder dsb. So, jangan terlalu rigid sangat. Jangan cari perkara yang anda tak tau, carilah perkara yang anda tahu!
4. Kurang keyakinan. Tak dinafikan, persaingan di luar sana sangat tinggi. Anda bukan setakat terpaksa berhadapan dengan jumlah IM luar negara yang ramai (berkali ganda daripada bilangan IM tempatan), malah anda juga terpaksa bersaing dengan mereka yang sudah bergelar pakar dan “guru”. Tapi, ianya tetap bukan faktor penentu kejayaan di pasaran luar. Sama seperti dalam pasaran tempatan, kalau dulu kita hanya ada beberapa nama je yang betul-betul otai, tapi sekarang dah banyak muka baru yang berjaya.
ianya tetap bukan suatu yang mustahil bukan?
Untuk langkah yang seterusnya, saya serahkan kepada anda untuk bertindak. Tulisan saya adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sepanjang menjalankan JV dengan IM luar negara.
Selamat maju jaya!
Sekian.
August 5, 2008 - 8:44 am
menariknya .. memang berminat sekali untuk JV ngan orang luar.
Insyaallah bila semuanya setel bolehlah..
zool’s last blog post..Jom Main Badminton
August 7, 2008 - 12:56 am
zool, ada benda tak setel lagi ke?
kenalah setelkan cepat2..
October 8, 2008 - 6:30 pm
Camne ko leh buat JV dengan orang luar negara?
Dari mana ko dapat contact dorang?
Pjoel’s last blog post..The Basics Lesson Of Student Loan Debt Consolidation
October 16, 2008 - 4:07 pm
Wa….bila saya baca post nie Syed tros rasa bersemangat aje tetba….bukan ape sebelom nie penah gak dengar ada yang bwat JV ngan
Im oversea sn….. tapi tula skang dah ada plan nak cuba ‘merantau’ plak ke luar negara utuk cuba2 mendekat diri dengan diorang nie…
KampungBoy’s last blog post..Bisnes TDTone Menuju Zaman Kehancuran??
October 21, 2008 - 9:38 am
Skang nie…aq dah ad plan nak JV dengan sorang mmt Mat salleh ni… tpi skang dok tunggu masa je. Yela..nak siapkan kertas kerja bisnes aq nie….
Tunggu….
KampungBoy’s last blog post..Promosi Harga Pakej Evolusi Internet
October 30, 2008 - 3:42 pm
Wa…cun r gambar yang ko letak Chekdet. rasnya cam nak tap satu aje. Oops !!! aq ingat nak buat cndle dinner dengan mamt mat salleh nie. aq nak yat dia baek2…past nak ajk die lepak kat simpang bincng psai bisnes
KampungBoy’s last blog post..JuruKomen TipTop Contest Kat Blog ChekDeT !!!
October 30, 2008 - 8:57 pm
memang boleh je JV nga IM luar negara.. lepak kat forum oversea dan rembat peluang bisnes yang ada.. gerenti dapat nye.. tapi kene tunjuk bukti yang kita ni pun ada la taraf nak JV ngan IM oversea tu.. penuhkan ilmu di dada baru leh JV ngan im oversea yer..
contest2u’s last blog post..Contest 1st
October 31, 2008 - 5:30 pm
dasat ko ni ek?
dah ade plan tu…bagusla
aku doakan ko berjaya..
dah berjaya jangan lupe plak kongsikan kisah kejayaan ko tu..
Pjoel’s last blog post..The Basics Lesson Of Student Loan Debt Consolidation
October 31, 2008 - 6:13 pm
selain drpd kene pandai cakap omputih, ape lg kemahiran yg kite kena ade?
Pjoel’s last blog post..The Basics Lesson Of Student Loan Debt Consolidation
October 31, 2008 - 6:19 pm
kena pandai myakinkan orang.. kena buat kerja ikut dateline.. kena rajin.. jangan banyak bagi alasan. kena boleh kerja under pressure..
silA tambah la lagi sesiapa..
topo’s last blog post..plugin yang topo gunakan dalam topotato.com