Salam sejahtera,

Perkara ni memang kita sebenarnya dah sedia maklum…Tapi dalam masa yang sama, kita seringkali gagal untuk fokus.

Hilang fokus sebenarnya memberikan kesan yang amat besar kepada aktiviti perniagaan internet anda. Bayangkan produk yang sepatutnya anda lancarkan pada minggu ini, tetapi dek kerana hilang fokus (dok main friendster jekk!), maka produk anda mungkin akan tertangguh ke minggu depan. Bukankah ini satu kerugian kepada anda?

So, sedikit sebanyak saya nak berkongsi dengan anda bagaimana cara untuk memastikan fokus anda tak lari especially ketika menjalankan projek bisnes.

1. Buat List

Sentiasa note dan catatkan apakah perkara yang anda nak lakukan. Katakan anda hendak membuat minisite untuk produk terbaru anda, listkan perkara2 penting “step-by-step” yang perlu.

Cth : (Katakan anda hendak membina minisite)

- Web Equipment – Hosting & Domain Name

- Products Arrangement – Main products & bonuses

- Web Design – Header, footer, banner promotion, image on page, no right click button

- Web Components – Salesletter, Systems (Affiliate, autoresponder, support, payment processor, order form, download area)

So, dengan anda membuat list, anda akan lebih fokus & kerja anda tersusun kerana anda dapat mengenalpasti apakah keperluan perniagaan anda yang masih belum dipenuhi.

2. Set Masa

Cuba latih diri anda untuk set kan masa setiap kali anda menjalankan aktiviti anda di internet. Katakan, anda peruntukkan masa 2 jam untuk menyiapkan minisite anda. So, dalam masa tersebut, tumpuan anda hanyalah kepada menyiapkan kerja anda sahaja tanpa terganggu dengan perkara lain.

3. Buka email hanya 2/3 kali sahaja

Selalu berlaku bila mana anda terlampau asyik dengan membaca email, maka anda lupa dan hilang fokus. Pada saya tak perlu buka email terlalu lama walaupun untuk menerima pesanan pelanggan.

Cukuplah anda bukak sekali dan selesaikan semua perkara, kemudian tutup balik. Then, bila kerja anda dah siap, bukakla balik… :)

4. Abaikan perkara yang menghilangkan fokus anda

Abaikan seketika YM, forum, dan blog yang anda layari. Tinggalkan juga friendster dan YouTube anda! (Ni budak U saya memang rajin bukak!). 

Dengan cara mudah ni, sekurang-kurangnya anda akan lebih fokus dan kerja-kerja yang anda telah rancangkan takkan tergendala.

Selamat mencuba!

Sekian.

:)