Salam sejahtera,

Sebelum saya bermula, saya nak tanya anda,

Perlu ke ada laman web untuk buat duit di internet?

Sila jawab dalam masa 5 saat dari sekarang..

.. 5

.. 4

.. 3

.. 2

.. 1

.. 0

Teeettt! masa dah tamat!

Jawapannya ialah..

 Tak semestinya… :)

Tak semestinya anda perlu ada laman web untuk buat duit di internet. Percaya tak?

Mungkin sebelum ni anda merasakan bahawa kalau nak buat duit di internet ni mesti ada laman web atau sekurang-kurangnya ada blog. Mungkin ini yang menjadi halangan kepada kebanyakkan newbie (baca : orang baru) untuk mendapatkan RM 1 yang pertama daripada internet. Anda jangan terlalu skeptikal. Banyak sebenarnya peluang buat duit di internet ni yang boleh anda terokai.

So, bagaimana nak buat duit di internet tanpa laman web?

Jawapannya ialah freelancing.

Freelancing merupakan tugas-tugas yang anda buat secara bebas dan mendapat upah daripadanya. Contohnya, anda menjadi penulis artikel bebas yang menerima upah daripada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan anda.

Bukan menulis artikel sahaja, banyak lagi freelance yang anda boleh buat bergantung kepada kemahiran anda seperti:

- membuat grafik dan animasi

- data entry

- menjadi virtual asisstant

- forum poster

- dll

Untuk menjadi seorang freelancer, anda tak semestinya memerlukan laman web. (Tapi kalau ada lebih bagus). Yang penting anda hanya perlu bijak mempromosikan diri anda dan mempunyai testimonial yang baik daripada pelanggan anda.

Saya baru je lepas menonton satu video “Dummies Guide To Making Money Online”. Video ni menerangkan dengan jelas sekali bagaimana anda boleh menjana pendapatan lumayan di internet dengan hanya melakukan kerja-kerja freelance.

Dalam video ini juga, anda akan didedahkan dengan “lubuk-lubuk” freelance job…Anda jangan terkejut coz sebenarnya kat eBay pun anda boleh buat kerja freelancing jugak. Camne tu? Boleh bayangkan tak?

Saya taknak terang panjang-panjang sebab video ni lengkap dan sangat informatif. Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang ape itu freelancing pun akan ditunjukkan dalam video ni.

So, anda boleh menonton video dan download secara percuma :-

Dummies Guide To Making Money Online

Selamat menonton!

Dah dapat duit nanti, jangan lupe belanja saya makan k!

Sekian.

:)