Salam sejahtera,

Kisah Kembali Sihat

Dalam sejarah 22 tahun hidup, ni lah demam + selsema yang paling lama pernah saya alami. Nak dekat 2 minggu la juga.

Saya tak pasti punca kenapa panjang sangat demam & selsema ni coz saya tak pergi jumpa doktor (bukan takut! cuma tak sempat!), kebetulan masih dalam “exam zone” & tak makan ubat. So, tu mungkin sebab musabab demam tak baik kot.

Btw, sekarang dah kembali nakal sihat dah. Badan pun kurang dah lenguh-lenguh. Saya kembali aktif seperti biasa…ahaks!

:)

Tamat kisah kembali sihat

Kisah “Cuti-Cuti Malaysia” Di Penang

Ha, musim cuti sekolah kembali lagi. Bukan setakat budak sekolah, “budak” universiti pun tengah bercuti dengan penuh kegembiraan sekarang ni. :)

So, sebagai memenuhi masa terluang hujung tahun ni, saya pun meng”holiday”kan diri dengan family yang tercinta. Tahun ni di Penang la plak.

Sebenarnya Penang bukanla destinasi pilihan saya memandangkan dah selalu datang…ahaks! Tapi disebabkan adik-adik suma sibuk nak holiday kat sini, saya pun dengan perasaan “kureng” mengikut je suare majoriti.

Hotel pilihan kami ni adalah Hotel Seri Malaysia

- Pandangan depan Hotel Seri Malaysia Bayan Baru, Penang -

- Ruangan lobby yang nampak simple tapi comfortable -

 

- Seorang receiptionist cun yang sentiasa menguntumkan senyuman…ahaks! -

4 haribulan kami balik semula ke Selangor. Cakap banyak pun malas. Nak bercuti! tata :)

Tamat cerita cuti.