Salam sejahtera,

Baru-baru ni, akhbar tabloid Harian Kosmo telah menyiarkan cerita mengenai perniagaan internet yang dijalankan oleh jutawan internet terkenal, Dr Irfan Khairi dan blogger terkenal tempatan, saudara Alang.

Sila Klik sini untuk berita mengenai Dr Irfan Khairi

Sila Klik sini untuk berita mengenai saudara Alang

Pada hemat saya, walau sesiapapun usahawan internet yang disiarkan mengenai beritanya, ianya telah memberikan kredit kepada perniagaan internet itu sendiri. Tak mustahil dalam tempoh 5 ke 10 tahun dari sekarang, perniagaan internet akan menjadi sebuah industri yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Saya mengharapkan lepas ni banyak lagi berita-berita yang akan menyiarkan cerita tentang usahawan internet kita. Biar rakyat Malaysia buka mata mengenai potensi sebenar perniagaan internet di negara ni.

Well done, Dr Irfan & Alang!!

Sekian.

Sahabat Online Anda,