Kisah Anak Seorang Kaya

Di sebuah bandar metropolitan tinggal seorang lelaki yang sangat kaya raya. Beliau mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia yang amat sukses dan memiliki aset berbilion-bilion USD. Pada suatu hari, lelaki ini merancang untuk membawa anaknya ke sebuah negeri yang sedang dilanda kemiskinan dengan tujuan untuk mengajar anaknya tentang kehidupan orang-orang miskin dan erti kemiskinan.

Kemudian, mereka pun pergi bercuti ke tempat tersebut. Mereka mengambil masa 4 hari 3 malam menginap di sebuah perkampungan yang amat dhaif dan serba serbi kekurangan. Perkampungan ini terletak jauh ke pedalaman di tepian sungai.

Setelah pulang daripada percutian tersebut, maka berlakulah dialog antara kedua-dua beranak ini;

Ayah : Nak, macamana dengan percutian kita kali ni??

Anak : Percutian kali ni sangat menarik dan menyeronokkan, ayah.

Ayah : Adakah kamu melihat bagaimana kehidupan orang-orang miskin di sana??

Anak : Ya.

Ayah : Sekarang, ceritakan kepada ayah apa kamu belajar daripada percutian kita.

Kemudian, si anak pun menjawab;

”Ayah, saya melihat kita hanya mempunyai seekor anjing (anjing untuk menjaga rumah) sahaja, tetapi mereka mempunyai 4 ekor anjing untuk menjaga mereka, rumah, dan kebun mereka”

”Kita hanya mempunyai sebuah kolam yang berada di tengah-tengah rumah sedangkan mereka memiliki sebuah sungai yang besar dan tak diketahui hulu hilirnya”

”Kita menerangi malam hanya dengan lampu-lampu import sedangkan mereka diterangi bintang-bintang yang berkerlipan pada waktu malam”

”Kita hanya mempunyai sebuah tanah yang kecil sebagai tempat tinggal sedangkan tanah mereka seluas mata memandang”

”Kita mengharapkan orang gaji untuk melayan kita sedangkan mereka boleh melakukannya dengan diri sendiri tanpa bantuan orang lain”

”Kita hanya membeli makanan sedangkan mereka mampu membuat makanan sendiri”

”Kita hanya mempunyai dinding yang besar untuk melindungi kita daripada bahaya sedangkan mereka mempunyai rakan-rakan (jiran tetangga) untuk melindungi mereka”

Si ayah pun kelu tak terkata apabila mendengar penerangan panjang lebar anaknya. Kemudian, si anak terus menambah;

Ayah, terima kasih kerana mengajarkan saya akan betapa miskinnya kita….

Tamat

 

Persoalannya….

Apakah yang dapat anda simpulkan daripada cerita di atas?

Apakah kaitan cerita di atas dengan dunia perniagaan internet yang sedang anda dan saya ceburi?

Saya tinggalkan sekejap persoalan ini kepada anda untuk difikirkan. Sila tinggalkan komen anda…Saya akan jelaskan maksud cerita di atas pada post yang akan datang..:)

Sekian.

Sahabat online anda,