Kekuatan Anda Dalam Perniagaan Internet

Salam sejahtera,

Kelmarin saya mintak anda senaraikan 5 kekuatan yang ada pada diri anda dalam ruangan komen mengomen. Setakat post saya ni, ada 25 komen yang diberikan tapi masih belum menjawab soalan yang saya kemukakan :) Mungkin agaknya anda berasa “malu” nak berkongsikan kekuatan yang ade terpendam dalam diri.

Atau mungkin menunggu orang lain “start” dulu baru “follow”….atau mungkin juga yang beranggapan perkara ni terlampau “privacy” atau “trade secret” yang tak boleh dikongsikan dengan orang lain :)

Ok, kenapa ye saya mintak anda senarai 5 kekuatan tu?

Read the rest of this entry »

Apakah Kekuatan Anda?

Salam sejahtera,

Post kali ni ringkas je. Saya nak anda senaraikan kepada kepada saya 5 kekuatan / kelebihan yang ada pada diri anda.

Sila tinggalkan jawapan kepada persoalan yang saya berikan ini di bahagian komen.

Saya taknak sebutkan sebab kenapa saya tanyakan soalan ni sekarang. Post akan datang saya akan bagitau kenapa. Tetapi sekadar hint, saya akan jemput anda menjadi rakan JV (untuk satu projek terbaru saya) based on kekuatan yang bakal anda tonjolkan pada ruangan komen di bawah. So, tulis apa-apa pun kekuatan anda dan pujilah diri anda melangit-langit sampai tahap takbur coz mungkin anda orang yang bertuah untuk menjadi rakan JV saya. :)

Sekian.

p/s: Projek saya kali ini merupakan projek perniagaan “berskala besar” dan perlukan somebody yang betul-betul komited untuk bersama saya.

Affiliate PanduaBinaMinisite.com di Buka!

Salam sejahtera,

Berita baik kepada anda yang nak buat duit daripada program Affiliate. Kini saya buka pendaftaran untuk menjadi Agen Affiliate Pakej Eksklusif Video Tutorial Panduan Bina Minisite.

Sebelum ni, saya hanya membuka ruang Affiliate kepada pembeli dan ahli WC300 sahaja. Hari ini saya buka peluang yang sama kepada para pembaca blog SyedHafidz.com

Untuk mendaftarkan diri, sila layari:

www.PanduanBinaMinisite.com/affiliatearmy

Potensi:

1. Komisen sebanyak RM 22.50 akan diberikan untuk setiap 1 jualan yang berjaya dihasilkan. Banyak tuu! :)

2. Permintaan terhadap produk ini sangat tinggi. Lebih 100 unit dah terjual sejak jualan bermula hampir 2 bulan yang lepas.

3. Produk ini amat berkualiti kerana ianya merupakan produk milik asal seorang usahawan internet terkenal, saudara Mohd Amirol. Saya memberikan jaminan kualiti 100% terhadap produk ni.

So, apa tunggu lagi?

Jom daftar sekarang!

:)

p/s : Pastikan anda membaca setiap syarat-syarat yang telah ditetapkan pada halaman depan AFFILIATE AREA sebelum anda membuat pendaftaran. Ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham yang mungkin akan timbul secara sengaja / tidak pada masa depan. Harap maklum.

JV dengan IM Luar Negara : Mustahil ke??

Salam sejahtera,

Fuhh…nyamannye udara hari nie..:)

Setelah hampir 3 bulan (bermula daripada bulan Mei yang lepas), saya banyak mendedikasikan masa dan komitmen saya dengan projek JV (joint venture) yang saya jalankan bersama dengan rakan IM (Internet Marketer) saya di luar negara. Selama tu jugalah fokus saya pada pasaran tempatan terpaksa saya kurangkan. Blog saya kurang di update, saya juga kurang “melepak” di forum WangCyber, dan juga kurang meng”komen” diblog-blog otai IM tempatan kegemaran saya.

Ramai yang perasan “kehilangan” saya. Ada yang email dan SMS bertanyakan khabar. Terima kasihlah banyak-banyak kepada rakan-rakan yang mengingati saya…ho!ho!..Saya perhatikan hits dan unique visitors untuk blog ini juga menurun siket sejak 3 bulan ni, tapi taklah menurun secara mendadak. Turun siket je.. :) JV saya dengan IM luar negara sebenarnya masih belum berakhir lagi. Ada 2 lagi projek yang perlu saya selesaikan dalam tempoh masa 3 bulan dari sekarang.

Read the rest of this entry »

Jual Produk Fizikal

Salam sejahtera,

Kalau ada dikalangan rakan-rakan yang mengikuti perkembangan perniagaan internet saya, pasti ada yang perasan bahawa saya pernah membangunkan laman web menjual produk fizikal suatu ketika dulu. Namun, akhirnya laman web saya terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu. Bukan kerana produk tersebut tak mempunyai pasaran atau tak menguntungkan, tapi saya berdepan dengan dropshipper cuba mengambil kesempatan ke atas perniagaan saya (tak perlu saya terangkan apa sebabnya :( ).

Namun begitu, saya tak pernah jemu untuk memikirkan idea-idea baru untuk membangunkan perniagaan saya. InsyaAllah, saya kini sedang negotiate dengan seorang dropshipper untuk menjual produk fizikal. Apakah produk tersebut? Biarlah rahsia… :)

Fasa perbincangan dah masuk ke peringkat akhir. Jika semuanya berjalan lancar, bermula bulan depan projek ini akan
dibangunkan dan dijangka dilancarkan pada hujung bulan. Kali ini saya lebih yakin kerana dropshipper tersebut saudara saya sendiri (Kalau dia buat hal siap le…ho!ho!). Tambahan pula, produk yang nak dijual kali ini mempunyai pasaran yang luas di luar negara dan kurang pesaing. :)

Saya akan memaklumkan perkembangan projek tersebut dari semasa ke semasa.

Sekian.

Yang benar,

p/s: Jangan takut pada kegagalan!! :)