Selamat Menyambut Ei’dulAdha

Sabda Rasulullah s.a.w,

‘Sesiapa yang menghidupkan malam ‘Aidil Fitri dan ‘Aidil Adha, hatinya tidak akan mati tatkala matinya hati-hati orang lain’. ( H.R Ubadah Samit )

Menghidupkan malam ertinya melakukan pelbagai jenis ibadat, bertakbir, istighfar dan memuji Allah pada malam tersebut.

Salam ei’duladha ikhlas dari saya kepada rakan-rakan dan pembaca blog SyedHafidz.com . Semoga tarbiyah qurban akan memupuk jiwa-jiwa lembut kita untuk kembali kepadaNYA.

Sekian.

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Salam sejahtera,

Kabare? Waras?

Saje je cakap Jawa walaupun sebenarnya saya bukan orang Jawa.

30 hb ni kampus saya akan start final exam. Kampus-kampus lain saya dimaklumkan tarikh start lebih kurang sama. 1st paper saya mula 31 hb.

Saya tak nak memanjang tulisan. Nak beri fokus jawab last sem punye soalan! :)

Kepada anda yang akan menghadapi peperiksaan, saya ucapkan semoga anda dapat menjawab dengan baik & akhirnye mendapat keputusan yang anda ingin-inginkan.

Mari kita mendoakan kejayaan kita semua bersama….aminn!

Sekian.

:)

Blog Kena Hack?!

Salam sejahtera,

saya sendiri pun tak dapat nak pastikan samada blog ni kena hack atau tidak. Apa yang saya perasan salah satu daripada post yang telah saya tulis dah hilang :- Rahsia USD 20 Setiap Hari!.

Saya sedang menyiasat perkara ni. IP address suspek pun dah dikenalpasti.

Mintak maaf kepada anda yang telah menyumbangkan komen pada post tersebut kerana komen yang anda berikan dalam post tersebut ter“delete” sama.

:( Segala kesulitan amat dikesali..

Apakah Kekuatan Anda?

Salam sejahtera,

Post kali ni ringkas je. Saya nak anda senaraikan kepada kepada saya 5 kekuatan / kelebihan yang ada pada diri anda.

Sila tinggalkan jawapan kepada persoalan yang saya berikan ini di bahagian komen.

Saya taknak sebutkan sebab kenapa saya tanyakan soalan ni sekarang. Post akan datang saya akan bagitau kenapa. Tetapi sekadar hint, saya akan jemput anda menjadi rakan JV (untuk satu projek terbaru saya) based on kekuatan yang bakal anda tonjolkan pada ruangan komen di bawah. So, tulis apa-apa pun kekuatan anda dan pujilah diri anda melangit-langit sampai tahap takbur coz mungkin anda orang yang bertuah untuk menjadi rakan JV saya. :)

Sekian.

p/s: Projek saya kali ini merupakan projek perniagaan “berskala besar” dan perlukan somebody yang betul-betul komited untuk bersama saya.

Bhgn 1 : Masih Revelankah Niche “Make Money Online”?

Salam sejahtera,

Maaf saya tak menulis agak lama. Saya ada urusan “urgent” yang tak dapat dielakkan sehari dua ni.

Alhamdulillah semua urusan dah hampir selesai dan saya kembali menulis semula.

Errmm, sebenarnya bukan mudah nak menulis ni, walaupun saya seorang yang “talkative”, tapi saya tau saya bukan seorang yang “talkative” dalam penulisan. Saya tak pandai nak karang ayat bunga-bunga nie. Betul kata cikgu BM masa saya sekolah menengah dulu, kemahiran lisan dan sama dengan kemahiran penulisan. :) Kalau tak dah lame saya amik sastera…ahaks! But, I keep on improving myself for further better. InsyaAllah!

2 hari sepeninggalan saya, banyak giler komen yang membanjiri blog saya yang cun ni! Ada yang dah lebih daripada seratus. Tahniah dan teruskan memberikan komen anda lagi.

Read the rest of this entry »