Salam sejahtera,

Berkenaan dengan pertandingan “JuruKomen Tip Top” yang akan berlangsung pada Bulan Oktober depan, saya ada beberapa panduan untuk memudahkan anda menyertai dan mendapatkan akses yang optimum pada blog saya. Ini bagi memastikan anda berasa senang untuk memberikan komen pada post-post yang akan dikeluarkan kelak.

1. Saya menggalakkan anda menggunakan browser Mozilla Firefox berbanding dengan Internet Explorer coz blog saya sangat compatible dengan Pakcik Musang Berapi (Mozilla Firefox). Kalau dah ade takpela, kalau takda anda boleh download di sini.

2. Untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang update post terbaru, saya cadangkan anda bookmark blog ini. Untuk bookmark klik sini

3. Untuk mencari post /artikel mengikut kategori, anda samada boleh cari di bahagian sidebar atau bahagian atas.

(Kategori pada bahagian atas)

 

(Kategori pada bahagian sidebar)

 

4. Akan ada sebahagian komen yang mungkin akan masuk ke “comment moderation”. Anda tak perlu bimbang coz saya akan approve kesemua komen tersebut selagi ianya tak melanggar syarat yang ditetapkan dalam pertandingan.

5. Pertandingan akan bermula pada 1 Oktober. Komen hanya akan dikira bermula pada tarikh tersebut. Tapi, anda boleh mula praktis sekarang untuk lebih familiar dengan blog ni..ho! ho! ho! :) Godek-godek la dulu blog ni ek.

Tu saje.

Sekian.