Blog SyedHafidz.Com
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Nota Maya Usahawan Internet Muda

Salam sejahtera,
Artikel ni saya dapat daripada newsletter yang saya subscribe baru-baru ni. Newsletter ini akan menghantarkan tips berkenaan dengan teknik-teknik SEO ke email setiap hujung minggu. Ada yang saya dah tahu dan lebih kepada refreshing, ada juga yang saya baru tahu.
Sebenarnya, sebelum ni saya kurang menggunakan SEO teknik untuk tujuan promosi produk dan laman web. Sebab saya ingat benda ni susah dan terlampau teknikal. Tapi, lepas belajar sedikit sebanyak membaca laporan dan eBook berkenaan SEO, saya pikir apelah salahnye mencuba kan?
Ok, apa itu SEO?
Bagi kebanyakkan IM, term SEO ni bukanlah suatu yang asing. But, memandangkan pengunjung blog saya ni rata-rata orang yang baru @ newbies, maka saya perlu terangkan secara ringkas.
SEO adalah singkatan kepada Search Engine Optimization atau dalam Bahasa Melayunya “Optimisasi Enjin Carian”.
Jika anda merujuk dalam Kamus Internet Melayu, SEO bermaksud “Apabila anda membuat laman web ataupun mukasurat laman web anda bagus untuk enjin carian. Tip: Optimize laman web anda dengan baik bagi mendapatkan ranking lagi tinggi pada keputusan enjin carian”. Boleh faham?
Saya terangkan dengan perkataan yang lebih mudah. Di dalam internet, terdapat banyak Search Enjin (enjin carian) seperti Google, Yahoo, Lycos dsb. Of course la yang paling popular ialah Google (atau nama popularnya Pakcik Google). Optimisasi bermaksud anda mengoptimumkan setiap isi (content) dalam laman web anda untuk berada dalam kedudukan yang paling tinggi bagi sesuatu kata nama (keywords).
Berada dalam kedudukan yang tertinggi bagi sesuatu keywords merupakan idaman semua pemilik laman web. Apatah lagi jika keywords tersebut merupakan keywords yang popular dan mempunyai banyak pencarian. Ya, sudah tentu laman web akan mendapat bilangan trafik daripada kedudukan ini.
Anda boleh mencuba sendiri dengan menaip apa-apa saja perkataan pada browser di google. Katakan anda menaip perkataan “cinta”. Perhatikan di sana apakah laman web yang berada pada kedudukan pertama? Maka, laman web itulah yang telah berjaya mengoptimizekan laman web mereka di enjin carian dengan keywords “cinta”.
Inilah yang dipanggil SEO. Anda menggunakan teknik-teknik tertentu untuk memastikan laman web anda berada dalam kedudukan tertinggi sebgaimana yang saya sebutkan di atas.
Ok, berbalik pada tips yang saya nak kongsikan dengan anda.
Ada 15 cara mudah yang boleh anda manfaatkan untuk meningkatkan kedudukan laman web anda dalam enjin carian:
1. Pastikan laman web anda sentiasa “berjalan”. Elakkan dari “site is under construction” atau incomplete. Biasanya blog kurang menghadapi masalah ni berbanding dengan laman web statik. So, jika anda mempunyai laman web statik seperti minisite, pastikan sentiasa berjalan.
2. Submit laman web anda ke enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN dsb. Anda boleh juga submit ke enjin carian yang lain untuk tambahan. Tak semestinya 3 tu je. Untuk lebih masyuk, anda submitkan juga laman web anda ke laman yang mempunyai Page Rank (PR) yang tinggi. Laman yang saya maksudkan seperti web directories, social bookmarking dan open directories.
3. Submit juga sitemap laman web anda ke enjin carian. (Biasanya sitemap untuk enjin carian berformat XML)
4. Bina sitemap pada laman web anda supaya mudah dilayari oleh pelawat. Tak susah untuk membuat sitemap ini. Untuk blog, terdapat plugins yang khusus untuk membina sitemap.
5. Pastikan setiap content laman web anda adalah “buatan sendiri”. ho! ho!
Maksud saya, jangan duplicate atau “copy & paste” content dari laman web orang lain bawak masuk web anda. Ini akan menjejaskan kedudukan anda. Enjin carian biasanya dapat mengenalpasti dengan mudah content camni.
6. Check keywords anda. Pastikan keyword anda sentiasa relevan dan sama dengan niche laman web anda. Jangan laman web anda memfokus pada bisnes internet, tapi keywords politik. Almaklumlah, sekarang isu-isu politik tengah hangat!
Enjin carian still boleh trace spam keywords camni.
7. Lebihkan perkataan dalam laman web anda berbanding dengan image.
8. Pastikan TITLE anda tidak mempunyai keywords yang berulang-ulang.
9. Title Tag perlu sekurang-kurang maksimum 60-80 huruf.
10. Pastikan Meta Tag Description anda sekurang-kurangnya 160-180 huruf termasuk space. (lebih kurang 25-30 patah perkataan)
11. Keyword Meta Tags anda mesti mempunyai 15-20 perkataan minimum.
12. Pastikan setiap page pada laman web, anda meletakkan keyword seperti yang terletak pada laman utama web.
13. Pastikan tiada sebarang “error” atau “broken link” pada laman web anda.
14. Jika anda mempunyai laman web dinamik seperti blog, pastikan URL anda mesra enjin carian. Kebiasaannya, enjin carian kurang mahu “bermesra”
dan “bermanja”dengan link blog yang mempunyai simbol-simbol yang tak memberi makna seperti “?” , “&” dsb.15. Maksimum link bagi setiap halaman adalah 100. Jangan lebih daripada itu. Enjin carian akan menganggap anda melakukan link farming jika terdapat terlampau banyak link dalam 1 halaman.
Ok, mudah bukan?
Kebanyakkan daripada tips di atas lebih kepada refreshing pada asas-asas SEO. Tetapi tetap akan memberikan kesan yang baik pada kedudukan laman web anda.
Saya dah cuba semua pada blog ni, minggu depan saya nak tengok macamana kedudukan blog. Ada peningkatan ke tak.
Anda pun boleh mencuba pada laman web anda tak kirala laman web minisite atau blog. Tengok kesannya pada web anda dalam masa seminggu dua.
Selamat mencuba!
Sekian.
Credit To : Kak Galadriel (Kamus Internet Melayu).
November 1, 2008 - 7:50 am
hohoh dapat tip rahsia direct dari email si syed ye.. hohoh tak nak share kan ke wahai en pjoel.. mana tau best ke.. boleh gak kau guna.. hoho
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:53 am
tu la gunanya niche.. kira ko fokuskan web ko pada komik je.. hohoh pastu rerajin la mengkreatifkan keyword komik tu biar orang boleh datang ke blog ko dengan carian apa sekali pon
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:55 am
hohoho tak susah sangat sebenarnya.. sebab tu dah ramai orang yang dah buat.. tapi mustahil la boleh master 100% perihal seo ni.. hohooh
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:57 am
ya-ha betul tu.. yang penting visitor jugak.. kalau kita top rank untuk keyword yang tak banyak orang carik pon tak guna gak beb.. hohoh
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 7:58 am
hoh tunjukkanlah dengan lebih banyak statistik lagi.. hohoh buat lebih banyak perbandingan lagi.. nak tau jugak lebih lagi.. hoohoh
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 8:00 am
hoho betul tu.. susah beb nak ngorat awek ni.. hohoh sebab tu la kau ni single lagi sampai sekarang ni.. hohoho
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..
November 1, 2008 - 8:02 am
yup cari la pengetahuan sebanyak mana sebagai bekalan masa depan.. hoho mana la tau tetiba nanti nak2 kita tanya ke.. hoho hboleh gak nak jawab..
topo’s last blog post..contest tiru gaya upin dan ipin..