Senarai di atas merupakan senarai nama pemenang pertandingan “JuruKomen TipTop” yang telah berlangsung sepanjang bulan lepas. Alhamdulillah, pertandingan ni berjalan dengan lancar dan baik sekali.

Saya minta maaf kerana sepatutnya pengumuman ni dibuat malam tadi. Tapi disebabkan broadband saya “down”, saya tak dapat surf internet sepanjang malam tadi.

Kepada yang Pjoel, topo dan contest2u, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada anda semua. Saya pasti anda telah bertungkus lumus memberikan komen dan idea bernas sepanjang pertandingan berlangsung. Seronok baca korang punye komen. Macam sembang-sembang kedai kopi pun ade. Hopefully, hubungan baik yang terjalin antara korang akan berterusan selepas ni. :)

Rakan-rakan yang lain, juga saya tak lupakan. KampungBoy, paan, abdfatah, x-po shop, titan, kak mumtahanah dan en Dlie, Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan amat membanggakan saya. Saya percaya kalau komitmen ni dapat di bawa sepanjang perjalanan anda dalam perniagaan internet, saya pasti anda akan berjaya suatu mase nanti.

Pada saya, kejayaan adalah hak milik semua. Especially kepada sesiapa yang berusaha.

Hopefully anda dapat teruskan ye! :)

Pemenang Review Terbaik!

Setelah membaca dan meneliti sambil tergelak setiap review yang dituis berkenaan dengan pertandingan ni, maka dengan ini saya mengisytiharkan tarikh melihat anak bulan pemenang bagi review terbaik yang bakal menerima wang tunai sebanyak RM 30 jatuh kepada:

topo!

(topo pasti tersenyum gembira sekarang ni!)

 

Kepada pemenang-pemenang, saya akan menghubungi anda melalui email untuk upacara penyampaian hadiah.

Kepada yang kurang bernasib baik, tak mengapa. Jangan berputus asa. Cuba lagi pada masa akan datang.

ok!

Sekian.