4 Elemen Terpenting Memulakan Bisnes Di Internet Yang Takkan Gagal

Ramai yang masih tertanya-tanya cara yang betul untuk memulakan bisnes di internet. Ada yang berpendapat bisnes di internet ni agak sukar, perlukan kos yang tinggi, masa yang panjang dan komitmen yang jitu.

 

Tak dinafikan untuk membangunkan sesebuah bisnes yang sukses bukanlah mudah macam makan kacang. Yes, anda perlu komitmen, masa dan kos untuk berjaya.

 

Baca >> 5 Sebab Kenapa Setiap Usahawan Wajib Menjalankan Pemasaran Di Internet

 

But to be fair, jika anda tahu cara yang betul, semua perkara yang disebutkan di atas tadi dapat dipermudahkan dan di“sistemize” dengan mudah. Bisnes yang anda bangunkan takkan mengalami kegagalan.

 

Ada 4 elemen yang terpenting yang mesti anda lakukan untuk memulakan bisnes di internet yang takkan gagal.

 

1) Produk 

 

Sebelum memulakan mana-mana bisnes, anda perlu pastikan apakah produk yang ingin dijual. Ini sangat penting kerana tanpa produk macamana anda nak dapat untung kan?

 

Ada 3 kategori produk yang boleh anda pilih :

 

  • Produk Fizikal – Produk yang boleh dipegang, dirasa, dipeluk, dilambung dsb. hehehe 🙂 Cth : Kasut, perfume, aksesori wanita, produk kecantikan dan kesihatan dll
  • Produk Digital – Produk yang tak boleh dipegang tapi boleh dimanfaatkan. Cth : Software, eBook, eTutorial, eSystem dll
  • Produk Perkhidmatan – Produk yang berbentuk kepakaran atau kemahiran yang tertentu yang diperlukan oleh pengguna. Cth : Perkhidmatan lori angkut barang, membina laman web, khidmat nasihat kewangan dll

(GAMBAR)

2) Platform Menjual Produk

 

Setelah anda confirm produk yang nak dijual, kita pergi ke step yang berikutnya. :- Platform menjual produk

 

Platform diibaratkan sebagai tapak untuk anda berniaga. Kalau dalam dunia nyata macam kedai, kiosk, gerai dsb.

 

Ada banyak platform yang boleh digunakan untuk memperkenalkan produk anda kepada pengguna, antaranya :

 

  • Laman Web – Anda boleh membina laman web sendiri menggunkana hosting @ domain berbayar atau menggunakan opensource web percuma seperti blogspot, wordpress dll
  • Social Media – Anda juga boleh memanfaatkan laman media social yang popular seperti FaceBook, Twitter, Instragram dll
  • Video Stream – Terdapat juga laman video yang boleh digunakan sebagai platform menjual produk seperti Youtube, Vimeo, Dailymotion dll.

 

(GAMABAR)

3) Promosi , promosi dan promosi…

 

Dah ada produk, dah ada “kedai”, what next? Yes, kita kasi promo! biar viral 1 malaya!

 

Kata pakar bisnes, 90% aktiviti bisnes adalah kerja-kerja pemasaran. Promosi penting untuk memperkenalkan produk anda dan menggoda prospek pelanggan untuk membeli.

(GAMBAR)

Ada 2 jenis promosi :-

 

  • Promosi Percuma – Fanpage, promosi di group FB, Instagram, Group WhatsApp, Forum dll.
  • Promosi Berbayar – FB Ads, Google Adwords, Banner Blog, Youtube Ads dll.

 

Antara 2 bentuk promosi ni, promosi berbayar lebih berkesan dan cepat sampai kepada prospek. Of course la kan, dah nama pun kena bayar kan.

 

Walau bagaimanapun, jika poket anda tipis dan takda modal besar untuk buat promosi, anda boleh buat yang percuma. Walaupun mungkin capaian lebih rendah, tapi tak mustahil boleh dapat hasil yang banyak jika anda konsisten buat.

 

4) Platform Terima Pembayaran

 

Setelah pelanggan berminat dan bersedia untuk membeli produk / perkhidmatan anda, langkah terakhir yang perlu anda wajib lakukan adalah menyediakan platform untuk menerima pembayaran pelanggan.

 

Online 2 platform yang popular :-

 

  • Online Banking :- Bank-bank tempatan sekarang ni menyediakan platform online yang boleh anda manfaatkan untuk menerima pembayaran daripada pelanggan contohnya Maybank2U, CIMBClicks, RHB OBanking, BankIslam Biz dll.
  • 3rd Party Merchant Account :- Terdapat juga platform yang boleh digunakan untuk menerima pembayaran daripada pelanggan yang menggunakan kad kredit. Platform ini juga anda boleh gunakan jika mendapat pelanggan daripada luar negara. Antara yang popular seperti PayPal, 2Checkout, Escrow, Western Union dll.

(GAMBAR)

Dengan mengetahui 4 langkah ini, anda boleh set up bisnes online secara mudah sekarang juga. Anda juga boleh menjana pendapatan lumayan daripadanya. tak susah kan? Senang je beb!

 

Ok. jom mulakan sekarang!

 

 

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *