5 Sebab Kenapa Setiap Usahawan Wajib Menjalankan Pemasaran Di Internet

Sedar atau tak, kita dah pun masuk ke satu era baru. Era penggunaan teknologi digital @ internet yang berkembang meluas di seluruh dunia. Kalau 30 tahun dulu, nak hantar sebuah dokumen anda perlu menggunakan perkhidmatan pos untuk membuat penghantaran dan mungkin mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke tangan penerima, hari ini hanya dengan satu klik dokumen anda boleh di hantar serta-merta! Ya, dengan menggunakan email.

 

EMAIL adalah salah satu daripada teknologi internet! Betul tak?

 

Maka, tak hairanlah gerak kerja pemasaran untuk mendapatkan pelanggan di internet semakin berkembang pesat selari dengan perubahan teknologi masa kini. Pemasaran Internet menjadi perkara WAJIB yang mesti dilakukan oleh setiap usahawan di Malaysia.

 

Hari ni dah makin ramai orang yang menggunakan platform internet untuk membeli barangan @ mendapatkan perkhidmatan. Kajian yang dijalankan oleh Forbes mendapati, 82% pengguna akan menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk @ perkhidmatan sebelum membuat keputusan untuk membeli. Tech Crunch juga melaporkan 79% pelanggan membeli di internet.

 

So, di sinilah potensi yang boleh digunakan internet boleh dimanfaatkan.

 

Yes, pemasaran internet merupakan pemasaran MASA DEPAN!

 

Kalau anda tak buat pemasaran di internet sekarang, anda adalah spesis usahawan “rare” yang termasuk dalam kategori usahawan bakal pupus dan  terancam di atas dunia yang fana ni. ho ho! 😛

 

Cuba lihat data di bawah :

 

Apa yang anda faham daripada data yang dikeluarkan oleh statista di atas?

 

Pada tahun 2015 hingga 2021, berlaku kenaikan kos pemasaran di internet. Dijangkakan pada tahun 2021, USD332.20 billion (RM1.33 Trillion) akan dibelanjakan oleh syarikat seluruh dunia untuk menjalakan pemasaran di internet. RM1 Trillion bersamaan dengan belanjawan negara Malaysia untuk tempoh 4-5 tahun. Banyak giler bak hang!

 

Saya “list”kan sekurang-kurangnya 10 sebab kenapa anda perlu menjalankan pemasaran di internet :

 

1) Kos Pemasaran Yang Lebih Murah

 

Pemasaran merupakan elemen terpenting dalam menghasilkan jualan. Kebanyakan usahawan mengeluh kerana kos pemasaran yang terlalu tinggi. So, bayangkanlah kalau baru nak start bisnes, bajet pulak ciput miput, tiba-tiba kena belanja RM50K -RM100K. Untung tak tentu lagi.

 

Banyak kes yang berlaku bisnes rugi dan ada jugak yang gulung tikar disebabkan tak balik modal.

 

Tahukah anda?

  • Kos pemasaran FaceBook Ads adalah 3x lebih murah berbanding kos pemasaran di TV, billboard mahupun radio.

  • Terdapat lebih 3.5 billion cari pengguna Google setiap hari. Anda boleh mendapatkan trafik daripada google secara PERCUMA dengan menguasai teknik SEO (Search Engine Optimization).

  • 91% pengguna internet akan check email setiap hari. Dengan menggukan teknik pemasaran email (autoresponder), anda boleh menjana pendapatan lumayan dengan kos murah.

  • Satu kajian dijalankan mendapati bahawa sehingga 80% kos pemasaran boleh dikurangkan dengan menggunakan pemasaran internet.

 

So, jelas di sini menunjukkan kos pemasaran internet lebih murah dan perlu diterokai usahawan baru.

 

2)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *