Blog SyedHafidz.Com
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Aug 21st
Salam sejahtera,
Masih lagi dalam cuti pertengahan semester. Macam hari-hari lain, saya banyak dedikasikan masa dengan study dan kerja-kerja online.
Baru sebentar tadi saya selesaikan membaca laporan percuma “Rahsia Usahawan Internet” yang dihasilkan oleh saudara Ammar Zahar. Beliau merupakan pemilik kepada produk Pakej Koleksi Grafik V2 yang mendapat sambutan hangat baru-baru ni.
Aug 15th
Salam sejahtera,
Hari ni dah start cuti pertengahan semester selama seminggu. Boleh dikatakan hampir 90% pelajar balik ke kampung halaman masing-masing. Biasanya baki yang tak balik adalah pelajar daripada Borneo dan pelajar-pelajar antarabangsa.
Untuk ke sekian kalinya, saya membuat keputusan untuk tak balik ke kampung. So, saya terpaksa la tinggal dengan pak-pak arab. Semua member & coursemate balik (termasukla roommate jugak). Ishhh….Sunyinyeee…:(
Sebenarnya saya bukan la sengaja taknak balik. Kalau ikutkan hati memang la teramat-amat rindukan ayah, ibu & adik-adik kat rumah tu. tapi apakan daya, aku terpaksa….(cehh…feeling konon!!)
Aug 12th

Salam sejahtera,
Mungkin tulisan yang saya tulis sudah biasa didengar dan diulas oleh IM-IM yang lain. Tetapi saya merasakan saya perlu mengulas dan mengulang semula kerana melihat masih ramai lagi yang teraba-raba untuk memulakan perniagaan internet mereka.
Aug 7th
WC Gath Successfully!
Hampir kebanyakan blog yang saya lawati bercerita tentang kegempakan WC Gath. Buat kali pertama dalam tempoh 3 tahun, forum komuniti usahawan internet terbesar dan paling popular di Malaya telah mengadakan Gathering terbesar bertempat di Bukit Jalil Golf & Resort pada 3 Ogos lepas.
Saya tak dapat joint coz ada kelas (al-maklumla di Kedah ahad hari kuliah). Memang saya rasa sangat rugi coz tak dapat joint korang suma…sob! sob! sob! (menangis konon!). Anyway, sebagai salah seorang ahli WC yang aktif, saya berbangga dan tumpang gembira dengan kejayaan penganjuran gathering yang julung-julung kali diadakan. Saya dimaklumkan, ramai “Otai-otai” yang turut sama menjayakan program ni macam Sabri Saifulsham, Mr Gobala, Yusry JomSeminar, Abg Syed Ikhwan dll (sorry kalau ada yang tak sebut). Gathering tersebut juga bertambah bermakna dengan kehadiran jutawan internet terkemuka, Dr. Irfan Khairi yang turut memberikan motivasi dan talk kepada peserta-peserta…Pergh!! Memang masyuk gathering ni!