Blog SyedHafidz.Com
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Jul 25th
Salam sejahtera,
Kematian?
Ni sape pulak yang mati ni?
Nape leh mati? eksiden ke?
Kalau awal-awal dulu kita dikejutkan dengan “kematian Adsense”, pastu pulak internet marketing yang akan “mati katak“, kali ni anda akan dengar pulak satu lagi kematian yang baru iaitu “kematian JV GiveAway”.
Baru-baru ni “otai” JV Giveaway, Mr Brad Smith telah mengeluarkan 1 laporan yang penuh dengan kontroversi “The Death Of JV Giveaway”. Seperti kebiasaan dalam laporan “kematian-kematian” yang sebelum ni, dalam laporan ni Brad Smith meramalkan kematian JV Giveaway atas sebab-sebab yang hanya beliau saja yang tahu. Jika anda tak mengenali Mr Brad Smith, beliau merupakan pelopor Easter JV yang terkenal dan dah berkecimpung dalam JV Giveaway selama lebih 3 tahun.
(sila klik image di atas untuk maklumat lanjut)
Menarik…Menarik…Menarik!!
Apa yang menariknye?
Jul 9th
Salam sejahtera,
Semalam dan awal pagi tadi hosting saya tiba2 kena suspend… ;(
Terkejut saya…Semalam saya terima SMS daripada seorang rakan IM yang bertanya kenapela blog saya tak boleh buka?..
Bila cek2 dah kene suspended..
Tapi perkara ni dah pun selesai lepas saya contact hosting provider…Rupa2nye nameserver hosting saya telah dipindahkan ke nameserver yang baru..Ceh! Awat tak bagitau awai2..Takdak la cek terkejut beruk.. ho! hO!
Anyway, blog Syed Hafidz akan beroperasi seperti biasa selagi hayat dikandung badan..
Salam..
Jul 4th
Salam sejahtera,
Hari ni hari Jumaat, hari terakhir cuti semester saya. Malam ni saya akan pulang semula ke kampus untuk meneruskan pengajian saya yang dah masuk tahun ke-4. Ahad dah start kuliah. Pejam celik pejam celik saya dah last year dah…nak abis dah degree…
Perasaan tu kadang-kadang bercampur baur jugak, rasa macam seronok bila nak abis belajar ni, tapi kadang-kadang rasa sayang pulak nak meninggalkan kampus yang banyak meninggalkan memori indah tu..ho!ho!ho!
Perghhh!! Feeling lebey la plak mamat nie (kata anda di dalam hati…..)
Ok, hari ni saya nak berkongsi dengan anda mengenai produk digital. Sejak akhir2 ni saya perhatikan makin ramai usahawan internet tempatan menjadikan produk digital sebagai sumber utama pendapatan internet mereka. Saya terima banyak email bertanyakan bagaimana untuk memulakan perniagaan internet, kebanyakannya bertanya soalan berkenaan produk digital ni…. Ramai betul ye yang minat menjual produk digital.. ?
Rasanya anda dah tau kan apa tu produk digital? Jika yang masih belum tahu, saya terangkan secara ringkas.
Produk digital merupakan produk yang tidak dapat disentuh dan dirasa tapi boleh dimanfaatkan seperti eBook, eJurnal, eMajalah, Software, Script dll. eBook Raja Affiliate merupakan salah satu daripada produk digital yang dijual dalam pasaran tempatan.
Bagaimana nak bermula?