Blog SyedHafidz.Com
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Jun 18th
![]()
Beberapa teknik SEO yang tidak beretika dan membahayakan serta boleh menyebabkan laman web anda disenaraihitamkan oleh enjin-enjin carian
Salam sejahtera,
Kali ni tulisan saya agak serius sket. Tak seperti yang sebelum ni yang gedik santai gitu
Saya fikir post kali ni amat penting untuk difahami anda sebelum merangka dan menjalan strategi SEO.
Ada beberapa Teknik SEO yang illegal yang perlu anda jauhi:
1) Link Farms
Juga dikenali sebagai “Spamexing” or “Spamdexing”
Untuk mendapatkan ranking yang baik (dan tinggi) dalam enjin carian, jumlah link yang berangkaian dengan sesuatu laman web menjadi salah satu kriteria di mata enjin carian. Dalam ertikata yang lain, semakin banyak laman web yang link ke laman web anda, maka semakin tinggi ranking laman web anda.
Kebiasaannya, untuk mendapatkan link-link yang banyak ke laman web, pemilik laman web tersebut akan bertukar-tukar link dengan webmaster yang lain yang mempunyai niche atau content yang sama.
Walaubagaimanapun, dengan mengeksploitasikan konsep yang sama, terdapat juga kaedah yang tidak sah “illegal”.
Link farms berlaku apabila pemilik sesebuah laman web membuat laman-laman web palsu hanya untuk mendapatkan link yang banyak dan mudah ke laman webnya.
Di mata enjin carian, laman web ini dianggap “illegal” kerana hanya bertujuan untuk meningkatkan ranking semata-mata. Oleh itu, menggunakan Link Farms atau spamdexing merupakan langkah yang boleh membahayakan laman web anda dan sama sekali perlu dielakkan.
Jika anda ataupun konsultan SEO menggunakan teknik ini, laman web anda akan didenda dan diban kerana mereka beranggapan anda telah menggunakan teknik yang melanggar peraturan untuk menipu mereka, meskipun laman web tersebut mempunyai content yang bagus.
Bagaimana Cara Mengelakkannya?
Jun 13th
Salam sejahtera,
Ah ha, ada perasan apa2 yang lain tak??
Ho! Ho! Ho! Hari ini Blog SyedHafidz.com sekali lagi bertukar pasangan template yang baru. ?
Sebelum ini saya menggunakan template O2 1.0 hasil kerja tangan kreatif saudara eches. Walaupun saya tak mengenali beliau dengan rapat, dan tak pernah berjumpa, namun lobang hidongmu tetap menjadi pojaan hatiku saya amat mengagumi dan meminati template2 yang dihasilkan beliau. Credit to you bro!!
Jun 10th
Seminggu lepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak dan pengstrukturan subsidi, saya perhatikan harga barangan keperluan harian dah melambung tinggi.
Nak tak nak, kita terpaksa menanggung kesan yang amat “menekan” natijah daripada harga minyak yang melambung dalam pasaran dunia. Ketika saya mengikut ibu ke pasar membeli barangan dapur, banyak jugak mendengar rungutan daripada peniaga-peniaga yang kerugian akibat daripada kos yang meningkat, dan berkurangnya pembeli (mengikut saranan kerajaan supaya berjimat-cermat).
So, berbalik kepada topic yang nak diperbincangkan, setelah harga minyak naik, perlukah harga produk-produk digital anda di internet dinaikkan?
Contohnye, jika sebelum ni harga eBook Raja Affiliate RM 35 seunit, patutkah saya menaikkan harganya menjadi RM 50 seunit?? Ho! Ho! Ho!
Ada pendapat anda?
Pada pandangan saya, jika dilihat daripada sudut pandangan mata kucing kasar, produk-produk digital seperti eBook tidak mempunyai hubungan yang terlalu signifikan dengan harga minyak. Saya tak nafikan ada, tapi tak terlalu signifikan. Jadi, harga minyak melambung tak boleh dijadikan barometer untuk menaikkan harga produk digital di internet.
Seterusnya, saya suka melihat produk-produk seperti eBook yang dijual dari sudut berkongsi ilmu. Adakalanya, harga ilmu ni tak boleh dinilai dengan harga yang mahal. Yang penting, penjual seorang yang komited dan ikhlas untuk berkongsi ilmu dengan pembeli @ pelanggan.
Secara ringkasnya, saya tak fikir harga harga eBook perlu dinaikkan jika harga minyak naik.
Anda, bagaimana??
Jun 4th
Ramai yang menghantar sms, call, dan email sejak 2 menjak saya menyepikan diri daripada dunia perniagaan internet ni. Apapun saya ucapkan terima kasih banyak2 kepada sesiapa yang sudi ambil angkat berat dan mengikuti perkembangan saya.
Sebenarnya saya tak pernah ‘bercuti” daripada perniagaan internet, makin kurang tido adala…hu!hu!hu! Sejurus lepas abis final paper saya 13 hb Mei lepas, tanpa berlengah2 lagi, saya terus menyelsaikan tugas2 yang tertangguh. Kalau ikut perancangan, saya sepatutnya menyiapkan 2 lagi laman web bisnes yang akan dilancarkan untuk pasaran luar bersama dengan 2 orang rakan JV saya daripada US. So, saya takda pilihan lain selain tepaksa “meninggalkan dunia” internet marketing tempatan untuk memberikan tumpuan penuh kepada tugas2 yang sedang menggunung tinggi pada masa tu.
Alhamdulillah, nampaknya semua dah selesai dan akan prelaunch esok. ho! hO! Tinggal nak touch sket mana2 yang kureng.
Gumbiranyaaaa..!!
So, sekarang saya “kembali” balik ke tanah air untuk meneruskan matlamat yang masih belum saya capai. Banyak lagi perkara2 menarik yang saya nak kongsikan dengan rakan2 sekalian jika ada masa dan kesempatan.
Selamat berjaya!!
Sekian.
p/s : Saya tak dapat nak panjangkan bicara coz sedang wat final preparation untuk prelaunch esok!!