Salam sejahtera,

Hari ni 8hb Mei, saya masih lagi berada dalam “mode exam” … Ada 3 paper lagi yang tak settle. Yang kureng bestnye, 3 paper yang last ni merupakan paper yang terpaling killer untuk subjek semester ni…huhuhu

:)

Disebabkan semester ni semester yang ke-6, subjek-subjek memang semuanya penyakit kritikal. So, saya terpaksa membataskan sedikit aktiviti-aktiviti saya untuk memberikan lebih tumpuan kepada akademik. Semester ni jugak saya banyak outsource keje-keje bisnes kepada rakan-rakan niaga saya. :) Cian korangg…Nanti bos up gaji korang…ho! ho! ho!

Paper seterusnya 10hb. Subjek Non-parametrics Decision Making (Kaedah Pemutusan Tak Berparameter). Dengar nama pun dah rasa cam susahkan? Apetah lagi menelaahnya. :) Dalam subjek ni, saya kena menghafal 30 kaedah ujikaji sample untuk populasi menggunakan kaedah yang tak berparameter…Tak nak la terang banyak-banyak, kang korang suma pening kepala lak!

Macam ni kehidupan seorang pelajar statistics. “World All About Numbers”. Nak score dalam jurusan ni tak memerlukan anda membaca buku berjela-jela. Just kena rajin wat latihan jek. Macam study Mathematics la gak. Mana ada orang membaca Maths!

hehehe..

Sekian.

Yang Tengah Serabut Dengan Exam,

p/s: Nukilanku dikala sedang pening kepala dengan Exam!! :P