Blog SyedHafidz.Com
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Apr 28th
Salam sejahtera,
Kini peluang untuk anda menjana pendapatan lumayan daripada internet semakin cerah dan terbuka luas. Akhirnya, Clickbank sudah pun membenarkan pendaftaran daripada orang Malaysia.
Untuk makluman Clickbank merupakan “lubuk emas” kepada affiliaters menjana komisen daripada produk-produk yang ditawarkan. Sebelum ni, Clickbank tak menerima pendaftaran secara direct daripada Malaysian. Malahan, nama Malaysia tak disenaraikan langsung dalam list negara yang dibenarkan menyertai mereka.
So, jana pendapatan lumayan anda sekarang di Clickbank. Hargai peluang keemasan yang mungkin takkan datang lagi buat kali kedua.
Selamat maju jaya!!
Sahabat Online Anda,

p/s: Jika anda ingin berjaya menjana pendapatan yang lumayan daripada Clickbank, saya syorkan anda mendapatkan eBook Raja Affiliate hari ni juga!!
Apr 26th
Salam sejahtera,
Peperiksaan akhir semester dah pun bermula!!
Semalam saya baru je selesai jawab paper Kalkulus II. Lega rasanya dah lepas subjek yang “killer”. Esok paper English. Rasanye macam senang je.
Ni lah kehidupan seorang pelajar. Belajar 4-5 bulan pastu exam. Sem depan dapat result.
Namun sebenarnya kehidupan seorang mahasiswa jauh lebih daripada tu. Hakikatnya universiti bukanlah kilang untuk menghasilkan pekerja/tenaga kerja tapi sebenarnya gedung untuk melahirkan intelektual yang akan membangunkan negara. Peranan yang harus digalas oleh mahasiswa juga sebenarnya lebih daripada tanggungjawab mencapai kecemerlangan akademik.
Baru-baru ni saya terdengar desas-desus kerajaan akan membuat pindaan kepada Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) bertujuan untuk memberikan leverage kepada mahasiswa untuk lebih berdaya saing dan kreatif. Saya tak pasti samada perkara ni merupakan hanya polemik kerajaan selepas “kalah” dalam pilihanraya yang lepas atau benar-benar serius. Cuma beberapa persoalan yang ingin saya utarakan;
Apepun jawapannya, saya harap ianya dilakukan dengan benar-benar ikhlas bukan hanya janji kosong. Sepanjang saya menimba pengalaman terlibat dengan kepimpinan mahasiswa (MPP), memang saya dapat merasakan kerompongan AUKU. AUKU ni banyak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk keuntungan politik berbanding daripada untuk memajukan minda mahasiswa. Oppss!! Saya taknaklah berbicara banyak tentang isu ni. Kang dituduh anti-establishment lak. Tapi tu lah hakikatnya. “Berkata benar walaupun ianya pahit”.
Ok, berbalik kepada cerita exam ni, pejam celik pejam celik saya dah semester 6. Maknanya dah masuk kali ke-6 saya menghadapai final exam. Alhamdulillah walaupun paper yang saya boleh dikategorikan sebagai “killer”, namun result yang diterima tak pernah mengecewakan saya (mungkin kerana aku ni seorang yang rajin studi…ho! ho! ho!)
Apepun saya harap exam kali ini akan lebih baik daripada sem-sem sebelum ni. Kepada rakan-rakan IM yang masih belajar tak kira la samada sekolah @ dah masuk U, pesan saya, jangan sesekali abaikan pelajaran k? Jangan jadikan alasan kesibukan berbisnes untuk malas bukak buku… Rancang dengan sebaik-baik waktu untuk belajar dan waktu untuk buat eBiz. If you fail to plan, then you plan to fail.
Last but not least, nak dekat exam ni, gi jumpa dengan cikgu/lecturer mintak halal ilmu dan restu menghadapi exam. Jangan lupa juga telefon mak dan ayah di rumah mintak restu dan doa mereka. Ingat, doa daripada ayah n ibu kepada anaknya InsyaAllah akan dimakbulkan Allah.
Seperkara lagi, banyak-banyakla lakukan ibadah dan berdoa kepada Allah. Hanya DIA yang boleh memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada kita. Kejayaan yang sebenar bagi seorang muslim adalah kejayaan dalam agamaNYA!!
Sekian, selamat maju jaya!!
Sahabat online anda,

Apr 21st
Salam sejahtera,
Saya inginkan pandangan ikhlas daripada rakan2 usahawan sekalian. Baru-baru ni saya telah menerima jemputan JV daripada seorang kenalan usahawan saya di luar negara. Kami telah melancarkan 1 pakej eBook panduan berkaitan menjana trafik dalam pasaran luar negara (maaf tak bleh dedahkan web tersebut coz ianya untuk market luar). Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan sale 4 angka pada bulan yang pertama. Memang di luar sana sambutan daripada customer amat memberangsangkan.
Tiba2 saya terfikir nak pasarkan produk tersebut untuk local market.
So, saya nak tahu sejauh mana penerimaan rakan2 jika produk ini dipasarkan dalam pasaran tempatan?
Adakah ianya relevan dan banyak permintaan?Jika saya lancarkan produk ni, adakah anda akan membeli?
Tips yang diberikan dalam panduan tersebut merangkumi ratusan tips untuk mendapatkan trafik..
Sila berikan pandangan bernas anda..
Syukran…
Sahabat Online Anda,

Apr 14th
Salam sejahtera,
Setelah dah lama tak menjenguk dunia usahawan internet luar sana, semalam hati saya terdetik nak melayari blog-blog usahawan internet luar negara yang terkenal untuk mengetahui perkembangan baru perniagaan mereka. Manalah tau kan ada produk-produk yang besh2 diorang nak launch.
Bermula dari blog Joel Comm, saya ke blog Liz Tomey, kemudian Yaro Starak, beberapa blog yang lain (dah tak ingat da..
), dan last sekali ke blog brader Mike Filsaime.
“Penjelajahan” saya agak berbaloi kerana saya bertemu dengan report terbaru yang dikeluarkan oleh bro Filsaime. Kalau anda nak tau, brader ni memang terkenal dengan pemasaran rama-rama (Butterfly Marketing) yang berjaya meraih jualan sehingga jutaan dollar dan mendapat testimonial yang sangat positive daripada customer beliau. Pendek kata, memang produk mamat ni meletup abis laaa..
Report terbaru yang saya maksudkan ialah Butterfly Report. Anda boleh dapatkannya dengan mengklik di sini.
Anda boleh mendapat report ni secara percuma dan mentelaah sendiri teknik pemasaran rama-rama, dan cuba implemen dalam pemasaran anda. Saya taknak mengulas panjang coz saya belum lagi abis menelaah report ni. InsyaAllah, dah khatam nanti saya akan buat siket ulasan mengenainya.
Selamat mendownload !!
Sekian.
Sahabat Online Anda,

Apr 7th
Salam sejahtera,
Sebelum saya mulakan post kali ni, ada beberapa soalan yang nak saya kemukan pada anda :
1) Anda berminat menjalankan perniagaan internet?
2) Adakah anda berminat untuk mengetahui rahsia menjana pendapatan internet dengan cara yang ringkas, terbukti berkesan?
3) Mendapat “personal touch” daripada usahawan internet Malaysia yang terkemuka dan berjaya?
Saya yakin pasti anda akan berkata “ya”, bagi setiap soalan2 yang saya berikan.
Jawapan yang terbaik kepada persoalan-persoalan anda ialah dengan menyertai seminar yang akan dianjurkan oleh JomSeminar.com !
(Sila klik logo di atas untuk maklumat lanjut)
Seminar yang “gempak” ini akan menghimpunkan usahawan-usahawan internet yang memang telah berjaya menjana pendapatan 5 angka sebulan daripada internet secara tetap yang akan menjadi speaker dalam seminar ini.
Speake-speaker tersebut ialah:
1- Syed Ikhwan : Merupakan seorang usahawan internet yang dikenali dengan kepakarannya dalam menjana wang melalui Adsense.
2- Alang : Merupakan usahawan internet sepenuh masa yang terkenal dengan business directory. Baru-baru ini beliau telah ditemuramah oleh Harian Kosmo mengenai kejayaannya dalam menceburi perniagaan internet.
3- Gobala Krishnan : Blogger dan Internet Marketer yang terkenal di Malaysia. For sure anda pasti mengenali beliau kan
4- Fuad Latif : Merupakan seorang penulis yang telah menulis buku “15 Cara Efektif Internet Marketing”
5- Yusri : Merupakan seorang yang pakar dalam Affiliate Marketing dan PCA. Beliau juga merupakan Expert Programer

Amacam?
Bukan calang-calang orang yang nak bagi talk ni. Sumanya hebat-hebat belaka. Macam yang saya katakan tadi, mereka semua berjaya menjana pendapatan 5 angka sebulan daripada internet. So, tak mustahil dengan “rahsia-rahsia” yang bakal mereka dedahkan, anda mungkin akan menjadi seperti mereka.
Info lanjut berkenaan dengan seminar seperti berikut:
Tema : Multiple Streams Of Online Income
Modul : Pelbagai kaedah membuat duit daripada internet samada untuk pendapatan aktif, pasif atau sampingan.
Tarikh : 10hb Mei 2008 (Sabtu)
Masa : 9 pg -5 ptg (8 jam)
Lokasi : Hotel Armada, Petaling Jaya
Yuran : RM 479
OH ya, berita baik jika anda berdaftar sekarang!
Jika anda menjadi 30 orang yang mendaftar terawal, anda hanya perlu bayar dengan harga diskaun RM 397 sahaja! Ulang sekali lagi, RM 397 sahaja!
So, ape tunggu lagi??
Untuk mendaftar, anda hanya perlu ke laman web JomSeminar.com dan berdaftar di sana. Jika anda mempunyai sebarang kemuskilan / mahukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Syed Ikhwan di talian 013-3936460 atau emailkan ke syed_ikhwan@yahoo.com.
Ni peringatan terakhir saya kepada anda.
“Always take the first opportunity”. Jangan berlengah lagi kerana mungkin anda tak akan berjumpa peluang ni buat kali kedua buat selama-lamanya. Bak kata Syed Ikhwan, “first come, first serve”. Mungkin beberapa minit dari sekarang pendaftaran akan ditutup,….dan waktu tu takda lagi peluang kedua. (Tiada gunanya lagi pada waktu tersebut anda menghantuk-hantuk kepala ke dinding dek kerana menyesal tak mendaftar segera..ho! ho! ho!)
So, jangan biarkan diri anda menyesal.
Daftar ke JomSeminar.com hari ini juga.
(Sila klik logo di atas untuk mendaftar)
Sekian.
Sahabat Online Anda,
