Blog SyedHafidz.Com
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Mar 30th
Salam sejahtera,
Memang tak dapat dinafikan blog menjadi salah satu senjata tajam yang telah mengubah lanskap politik negara pada pilihanraya umum yang lepas. Buktinya, menerusi kempen-kempen dan penerangan “media alternatif” yang dimafaatkan sepenuhnya oleh parti pembangkang, 5 negeri telah berjaya ditawan mereka.
Hari ni, blog sudah mula mendapat perhatian politikus2 di negara ni. Buktinya, mantan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Khir Toyo telah membangunkan blog beliau sendiri.
Sila klik sini untuk melayari blog beliau.
Sekian.

p/s: Selamat ber“blogging” Dato’ Seri!!
Mar 26th
Salam sejahtera,
Siapa kat sini yang ada laptop? Sila angkat tangan….
Jika anda berminat untuk mendapatkan laptop skin, sila ke laman web di bawah:
Sekian.

Mar 22nd
Salam sejahtera,
Post kali ini ditujukan kepada para mahasiswa UUM sahaja
Semalam saya menerima panggilan daripada En Iskandar, salah seorang pegawai Institut Pembangunan Usahawan (IPK) UUM ke pejabat beliau. Hubungan kami memang sangat rapat sejak daripada beliau berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UUM lagi sewaktu saya bertugas sebagai ahli perwakilan mahasiswa (MPP) setahun yang lalu.
Ini merupakan kali saya k epejabat beliau di IPK. Memang takda benda lain la yang kami bincang selain daripada bisnes. Dah memang itupun job scope IPK yang ditubuhkan di UUM yang berperanan melahirkan seberapa banyak mahasiswa untuk menceburi bidang perniagaan.
Dalam pertemuan tersebut, beliau ada meminta memikirkan cara untuk memberikan pendedahan kepada student tentang potensi perniagaan internet. Antara yang dicadangkan ialah seminar dan bengkel perniagaan internet. Saya secara lisannya memang bersetuju dan sudi membantu. Cuma masih lagi belum dapat idea yang “fit” untuk menjalankan program tersebut.
Ada idea?
Boleh tak berkongsi pandangan anda dengan saya?
Silalah komen ye…
Sekian.
Sahabat Online Anda,

Mar 19th
Salam sejahtera,
Post kali ini saya nak berkongsi dengan anda asas-asas penting untuk memulakan perniagaan internet. Jika anda seorang dah “expert” dalam perniagaan internet, mungkin anda hanya akan tersenyum sehaja membaca tulisan saya kali ini. Jika anda masih lagi “newbie”, take note apa yang akan saya tuliskan sebagai bekalan di kemudian hari. Langkah gemilang perniagaan anda bermula di sini.
Sebelum saya bercerita lebih lanjut perniagaan internet, saya suka nak berkongsi pengalaman saya sendiri semasa memulakan perniagaan internet. Perkara paling asas yang mendorong saya memulakan perniagaan internet ini adalah minat.
Semua perkara perlu datang daripada minat. Walaubagaimanapun, minat tersebut perlu digarap dalam bentuk usaha dan tindakan. Jika anda kurang berminat menceburi perniagaan internet, saya nasihatkan anda fikirkan semula. Jika tak, anda hanya akan membazirkan masa shj. Selalunya dilema ini sering berlaku kepada mereka yang tak betul-betul minat dan hanya ikut orang je.
Contoh mudah, ramai yang menyertai perniagaan jualan langsung (MLM) hanya kerana mendengar khabar indah mendapat puluhan ribu ringgit sebulan, kereta mewah, dan rumah besar. Hakikatnya, mereka sendiri sebenarnya tidak mempunyai minat yang mendalam. Akibatnya, 2 3 bulan lepas sertai, akhirnya padam macam tu je. Bak kata orang-orang tua “hanya hangat-hangat tahi ayam”.
Internet bukanlah mesin wang automatik yang boleh mencetak wang sekelip mata. Anda perlukan kepada penelitian dan masa sebelum memulakannya. Kunci asasnya adalah minat dan usaha.
Ada beberapa elemen penting yang saya rasakan perlu dititik beratkan jika anda ingin memulakan perniagaan internet.
1) Ilmu Pengetahuan.
Secara logiknya, jika anda nak beli barang dapur, kenala tau apa yang nak dibeli. Bukan main semberono je. Samalah juga dengan perniagaan internet. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya. Saya cadangkan anda membeli dan membaca buku-buku yang berkenaan dengan cara bagaimana untuk memulakan perniagaan internet. Selain itu juga, anda boleh menyertai mana-mana forum yang berkisar perniagaan internet seperti Forum WangCyber. Anda juga boleh melayari blog-blog yang mempunyai topik yang sama. Sekarang jika kita lihat ramai usahawan-usahawan internet yang menawarkan eBook/laporan percuma. Tak kurang juga yang berbayar. So, anda boeh manfaatkan setiap peluang yang ada.
Jika anda merasakan masih belum cukup ilmu dan persediaan, anda boleh menyertai bengkel-bengkel / seminar perniagaan internet yang dianjurkan oleh pakar-pakar perniagaan internet seperti Bengkel Dr. Irfan Khairi,Shafulsham dll.
2) Penguasaan Bahasa Inggeris Yang Baik
“Bab ni yang paling lemah ni”
. Pasti ramai yang cakap camtu. Namun, sedarilah bahawa hampir 95% daripada urusan perniagaan internet anda, bermula daripada membina laman web hinggalah menerima pembayaran daripada pelanggan, semuanya berlaku dalam bahasa Inggeris. Agak sukar untuk menembusi pasaran luar negara yang lebih luas jika anda tak mampu menguasainya. Saya bukanlah nak lemahkan semangat anda. Anggap ni suma sebagai cabaran.
3) Berani Gagal
Ramai yang nak berjaya tapi tak berani terima kegagalan. Akibatnya, ramai juga yang tak berani mengambil risiko. Pesan saya, jangan takut kepada kegagalan. Kegagalan tak bererti anda seorang yang useless. Secara peribadi, saya sendiri pernah gagal dalam percubaan membangunkan laman web perniagaan. Ada juga yang dah dibangunkan tapi tak mendapat keuntungan yang memberangsangkan. Tak kurang juga yang mensabotaj dan tak kurang juga yang cuba mengambil kesempatan ke atas saya. Jadi macam-macam cabaran dan bentuk kegagalan yang perlu dihadapi. Berdepanlah dengan berani!!
4) Rakan Kongsi
Daripada kajian yang telah dijalankan, 80% daripada perniagaan internet baru yang muncul berkemungkinan tak bertahan lama. Salah satu faktor penyebab yang dikenalpasti ialah buat bisnes secara individu. Tak dinafikan jika anda seorang yang mampu bergerak sendirian, maka terpulanglah kepada anda. Tapi jika anda masih lagi tak yakin sepenuhnya, saya cadangkan anda mempunyai seorang rakan niaga. Mengapa?
Sebabnya mudah sahaja, kerja-kerja anda akan bertambah mudah jika buat secara berkumpulan. Betul tak? Seperkara lagi, rakan niaga juga dapat membantu memberikan semangat dikala anda memerlukannya. Almaklumlah, kadang-kadang anda akan berdepan dengan permasalahan dalam perniagaan internet seperti masalah teknikal dsb. Nah, di sinilah peranan yang boleh diberkan oleh rakan niaga anda, memberi semangat dan dorongan.
saya sendiri sebenarnya tak keseorangan dalam menjalankan perniagaan internet ni. Saya mempunyai seorang rakan niaga yang bertanggungjawab berkenaan dengan hal ehwal pembayaran dan support pelanggan ke semua laman web perniagaan saya. Jika saya buat sorang-sorang, for sure tak larat punye..:P
Bagaimana? Dah bersedia untuk memulakan perniagaan internet anda? Apa yang saya tuliskan di atas berkisar kepada pandangan peribadi dan pengalaman saya ketika mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan internet. Anda boleh merujuk kepada usahawan-usahawan internet yang lain dan dengar pandangan mereka.
Sekian.
Sahabat Online Anda,

Mar 17th
Salam sejahtera,
Kalau ada dikalangan rakan-rakan yang mengikuti perkembangan perniagaan internet saya, pasti ada yang perasan bahawa saya pernah membangunkan laman web menjual produk fizikal suatu ketika dulu. Namun, akhirnya laman web saya terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu. Bukan kerana produk tersebut tak mempunyai pasaran atau tak menguntungkan, tapi saya berdepan dengan dropshipper cuba mengambil kesempatan ke atas perniagaan saya (tak perlu saya terangkan apa sebabnya
).
Namun begitu, saya tak pernah jemu untuk memikirkan idea-idea baru untuk membangunkan perniagaan saya. InsyaAllah, saya kini sedang negotiate dengan seorang dropshipper untuk menjual produk fizikal. Apakah produk tersebut? Biarlah rahsia…
Fasa perbincangan dah masuk ke peringkat akhir. Jika semuanya berjalan lancar, bermula bulan depan projek ini akan
dibangunkan dan dijangka dilancarkan pada hujung bulan. Kali ini saya lebih yakin kerana dropshipper tersebut saudara saya sendiri (Kalau dia buat hal siap le…ho!ho!). Tambahan pula, produk yang nak dijual kali ini mempunyai pasaran yang luas di luar negara dan kurang pesaing.
Saya akan memaklumkan perkembangan projek tersebut dari semasa ke semasa.
Sekian.
Yang benar,

p/s: Jangan takut pada kegagalan!!