Kisah Anak Seorang Kaya….

Kisah Anak Seorang Kaya

Di sebuah bandar metropolitan tinggal seorang lelaki yang sangat kaya raya. Beliau mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia yang amat sukses dan memiliki aset berbilion-bilion USD. Pada suatu hari, lelaki ini merancang untuk membawa anaknya ke sebuah negeri yang sedang dilanda kemiskinan dengan tujuan untuk mengajar anaknya tentang kehidupan orang-orang miskin dan erti kemiskinan.

Kemudian, mereka pun pergi bercuti ke tempat tersebut. Mereka mengambil masa 4 hari 3 malam menginap di sebuah perkampungan yang amat dhaif dan serba serbi kekurangan. Perkampungan ini terletak jauh ke pedalaman di tepian sungai.

Setelah pulang daripada percutian tersebut, maka berlakulah dialog antara kedua-dua beranak ini;

Ayah : Nak, macamana dengan percutian kita kali ni??

Anak : Percutian kali ni sangat menarik dan menyeronokkan, ayah.

Ayah : Adakah kamu melihat bagaimana kehidupan orang-orang miskin di sana??

Anak : Ya.

Ayah : Sekarang, ceritakan kepada ayah apa kamu belajar daripada percutian kita.

Kemudian, si anak pun menjawab;

”Ayah, saya melihat kita hanya mempunyai seekor anjing (anjing untuk menjaga rumah) sahaja, tetapi mereka mempunyai 4 ekor anjing untuk menjaga mereka, rumah, dan kebun mereka”

”Kita hanya mempunyai sebuah kolam yang berada di tengah-tengah rumah sedangkan mereka memiliki sebuah sungai yang besar dan tak diketahui hulu hilirnya”

”Kita menerangi malam hanya dengan lampu-lampu import sedangkan mereka diterangi bintang-bintang yang berkerlipan pada waktu malam”

”Kita hanya mempunyai sebuah tanah yang kecil sebagai tempat tinggal sedangkan tanah mereka seluas mata memandang”

”Kita mengharapkan orang gaji untuk melayan kita sedangkan mereka boleh melakukannya dengan diri sendiri tanpa bantuan orang lain”

”Kita hanya membeli makanan sedangkan mereka mampu membuat makanan sendiri”

”Kita hanya mempunyai dinding yang besar untuk melindungi kita daripada bahaya sedangkan mereka mempunyai rakan-rakan (jiran tetangga) untuk melindungi mereka”

Si ayah pun kelu tak terkata apabila mendengar penerangan panjang lebar anaknya. Kemudian, si anak terus menambah;

Ayah, terima kasih kerana mengajarkan saya akan betapa miskinnya kita….

Tamat

 

Persoalannya….

Apakah yang dapat anda simpulkan daripada cerita di atas?

Apakah kaitan cerita di atas dengan dunia perniagaan internet yang sedang anda dan saya ceburi?

Saya tinggalkan sekejap persoalan ini kepada anda untuk difikirkan. Sila tinggalkan komen anda…Saya akan jelaskan maksud cerita di atas pada post yang akan datang..:)

Sekian.

Sahabat online anda,

[TAG] 8 Perkara Menarik Tentang Syed Hafidz

Salam sejahtera,

Saya menerima tag daripada Emet yang bertajuk “Tag : 8 Things That You Did Not Know About Me“. Mengikut kepercayaan orang dolu-dolu, syarat yang diberikan, saya terpaksa memberitahu kepada pembaca sekalian tentang diri saya (hehehe…akhirnya rahsiaku terbongkar), dan saya kena meng“tag” 8 orang yang lain pasni (ni yang best nie…) :) .

8 perkara menarik tentang diri Syed Hafidz (of course yang bebaik je) :

1- Sangat suka membaca. Kawan-kawan panggil “buku bergerak”. Saya suka membaca buku genre politik, ideologi, keagamaan, ekonomi, perniagaan dan pelaburan. Anime pun minat gak (kipas-susah-mati anime Naruto) :)

2- Minat dalam bidang berpolitik dan kepimpinan. Saya bercita-cita nak jadi seorang politician. Jangan terkejut lak nanti kalau anda tengok saya tengah berbahas rang undang-undang di parlimen. :) Seorang yang aktif dalam bidang kepimpinan sejak dari sekolah sampai dah masuk kampus.

3- Dah berpunya. Berita buruk kepada wanita-wanita di luar sana yang meminati saya dalam diam-diam…ho! ho! ho! :) InsyaAllah, kalau takda aral melintang, kami akan bertunang dalam masa terdekat ni.

4- Income pertama daripada bisnes internet hanya datang selepas 3 bulan saya menceburkan diri pada tahun 2005. Mula-mula saya fikir susahnya nak buat duit daripada internet. Tapi bila dah dapat, rasa senang plak.

5- Suka bersiar-siar di pantai. Tenang & nyaman. Selalu gak berangan nak membina sebuah mahligai di hadapan pantai dengan isteri tersayang & anak-anak yang comel.

6- Tak suka bising. Saya kurang minat dengan benda-benda yang berkaitan dengan kebisingan spt muzik yang bingit, orang menyanyi tengah2 malam walaupun tau suara dia tak sesedap mana dan yang sama waktu denganya. I love peace!!

7- Anak ke-2 daripada 7 orang adik beradik. Hanya saya seorang je anak lelaki dalam keluarga saya. Yang lain2 semua perempuan belaka.

8- Walaupun saya ni kelihatan “cool”, tapi kadang-kadang saya ni sensitif gak orangnye & mudah merajuk. huhuhuh…Tapi biasanya tak lama. Saya ni cepat memaafkan orang. :)

Sekarang saya nak meng“tag” 8 orang lagi rakan-rakan IM yang bertuah:

1- Abg Sham

2- SmartZul

3- Kak Galadriel

4- Naem Diari Adsense

5- En Dlie

6- Fawari

7- Syia

8- Catz

* Kepada sesiapa yang kena “tag” ni, kalau tak keberatan silalah menjawab ye.. :) Tak paksa. It’s optional….

Sekian.

Sahabat Online anda,

Tawaran Hebaaaatttt…..!!

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, saya ingin memberikan tawaran yang hebat kepada anda. Khas kepada blog SyedHafidz saja!
Saya dengan besar hati ingin menyerahkan hak jualan semula (Resale Right) eBook Raja Affiliate kepada 30 orang pembaca blog SyedHafidz yang bertuah.
Hanya 30 orang sahaja!!

Mengapa eBook Raja Affiliate?

Sejak dilancarkan hampir 4 bulan lepas, eBook Raja Affiliate telah mencatatkan jualan yang sangat memberangsangkan, terjual lebih 250 unit yang mencatatkan total jualan lebih RM8K. Purata jualan bulanan juga mencatatkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Ini bermakna eBook ni mempunyai potensi dan permintaan yang sentiasa relevan dengan pasaran semasa. Anda tidak akan rugi!

(Kini dengan Hak Jualan Semula [Resale Right]…Sila klik pada Image di atas)

Apa kelebihan yang bakal anda perolehi?

1- Menjual semula eBook ini dengan harga tidak kurang daripada RM 27.00. Tidak ada had untuk menjual eBook dengan harga maksimum.

2- Menjadi VIP kami dan berhak menerima segala kelebihan-kelebihan yang diberikan pihak kami.

3- Menerima update atau versi terbaru secara percuma.

4- Bantuan sokongan dan teknikal termasuk strategi pemasaran dan promosi serta khidmat konsultansi 24 jam x 7 hari seminggu.

5- Perkhidmatan membangunkan laman web perniagaan yang profesional dengan harga yang murah.

6- Mendapat keuntungan 100% daripada hasil jualan eBook ini.

7- Salinan Minisite Raja Affiliate untuk tujuan promosi.

8- Sijil (certificate) sebagai bukti yang anda seorang yang mempunyai hak untuk menjual semula (Resale Right) eBook Raja Affiliate.

9- Mendapatkan Script Peel Ads Away dengan harga RM 5.00

Amacam? Menarik bukan?

Berapa harga yang patut saya berikan untuk eBook yang bernilai ni?

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, saya berbesar hati membuka memberikan Hak Jualan Semula eBook Raja Affiliate dengan harga RM 50.00

Ya, RM 50…Untuk 30 orang sahaja!!

Tunggu dulu!!

Saya ada 1 lagi tawaran yang menarik untuk dikongsikan dengan anda.

Seorang pembeli bertuah akan saya hadiahkan script dan software bernilai USD 247 kepada anda PERCUMA!! Ya, saya ulang sekali lagi….PERCUMA!!

Sila Klik di sini untuk melihat script & software tersebut

Jangan berlengah lagi, tawaran ini akan ditutup buat selama2nya selepas saya menerima pembeli yang ke-30. Anda tidak akan berjumpa lagi peluang ni buat kali kedua. So, jangan lepaskan peluang!!

Mari membeli sambil berniaga!

kaedah pembayaran:

Maybank
Name : Syed Hafidz Al-Nashreaq
162058643079

CIMB

Name: Syed Hafidz Al-Nashreaq
02120067981527

BANK ISLAM

Name: Syed Hafidz Al-Nashreaq
12074020185346

Sebarang pertanyaan/makluman pembayaran sila email ke rajaaffiliate@gmail.com

Selamat merebut peluang keemasan ini.

p.s : Saya takkan teragak menutup peluang ni pada bila-bila masa walaupun kuota masih belum dipenuhi. Jangan lepaskan peluang dan berlengah lagi..

p.s.s :
Peluang ni hanya saya buka di forum ini sahaja dan tidak di tempat lain. Dengan hanya mengeluarkan RM 50, anda akan dapat kesemua item dan produk yang bernilai hampir RM 500.

p.s.s.s : Sehingga kini, Pakej Reseller sudah terjual sebanyak 6 unit. Hanya tinggal 24 unit sahaja lagi. Jangan bertangguh lagi & dapatkan segera!! Pastikan anda orang yang tidak “GAGAL” merebut peluang keemasan ini…

 

Selamat Tahun Baru Cina & Tawaran Hebaaaattt…

Salam sejahtera,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut “Tahun Baru Cina” kepada pembaca blog SyedHafidz dan seluruh masyarakat Cina di Malaysia.

Tahun ini merupakan tahun “tikus” bagi zodiak kaum Cina. Mengikut kepercayaan kaum Cina, “tikus” melambangkan kerajinan dan kesungguhan dalam kerja. So, tahun ni boleh dikatakan tahun yang “ong” dan orang yang lahir dalam tahun ni akan sukses di dalam kehidupan mereka. :)

Tawaran Hebaaaattt…

Opss, saya terpaksa menangguhkan tawaran tersebut ke hari esok kerana menunggu tawaran ini dibuka di forum WangCyber. So, saya nak lancarkan pada masa yang sama. :)

So, stay tuned!

Jangan lupa melayari blog SyedHafidz esok!!

Smiles,

p/s: Nak tau saya lahir tahun apa? Saya lahir tahun harimau (1986) ….aauummm!!

p/s/s: Saya terima banyak jemputan & makan besar dengan rakan-rakan bangsa Cina. ho! ho! ho! betul-betul hao liaooo…

JOM Gagal!!

Kebanyakan orang asyik bercerita tentang kejayaan, kekayaan dan sebagainya. Tapi kurang yang bercerita tentang kegagalan. Bukanla takde cuma kurang je…:)

Mungkin anda pernah membaca buku karangan Billi Lim yang berjudul “Berani Gagal” @ “Dare To Fail”. Saya merupakan salah seorang peminat beliau dan hasil karangan beliau. Cerita pasal kegagalan pun boleh dibukukan. Yang ajaibnya, beliau menjadi jutawan hasil penjualan buku tersebut. Dahsyat! Dahsyat!

Ada 1 cerita daripada karya beliau yang saya nak kongsikan dengan anda sekalian.

Pernah suatu ketika seorang pengurus sebuah syarikat besar ditanya mengapa beliau tak memecat pekerja-pekerja yang selalu membuat kesilapan yang telah mendatangkan kerugian yang besar pada syarikatnya.

Maka beliau menjawab;

“Pekerja saya sedang dalam proses untuk pembelajaran. Kerugian syarikat merupakan modal yang dikeluarkan syarikat untuk proses pembelajaran tersebut”

Walaupun bos sebegini jarang kita jumpa sekarang (kalau sekarang ni dah lama pekerja tu kena buang..ho! ho! ho!), tapi apa yang menarik perhatian saya ialah nilai sesebuah kegagalan yang terdapat daripadanya.

Kegagalan Adalah Modal..

Dalam perniagaan kita perlu ada modal. Keuntungan sesebuah perniagan biasanya ditentukan selepas menolak hasil jualan dengan modal. Jika nilainya positif, maka kita telah untung. Jika sebaliknya, maka kita rugi. Begitu juga kegagalan, jika ianya memberikan kesan yang positif dan berjaya mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya, maka kegagalan itu menguntungkan. Sebaliknya, jika ianya menjadikan anda lebih teruk daripada sebelum, kegagalan itu sangat merugikan…

Kesimpulannya, tak ada manusia yang tak pernah gagal. Cuma, jadikanlah kegagalan yang anda alami itu sebuah kegagalan yang menguntungkan!!

Sekian.

Sahabat maya anda,

p/s: InsyaAllah esok saya akan mengumumkan 1 tawaran yang paling hebat kepada pembaca-pembaca setia blog SyedHafidz.com. Pastikan anda tak “GAGAL” merebut peluang ini!! :)