Blog SyedHafidz.Com
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Nota Maya Usahawan Internet Muda
Jan 26th
2 3 hari ni saya terpaksa mengurangkan aktiviti online. Disebabkan kesihatan yang masih lagi kurang baik (demam & selsema), di tambah dengan assignment2 yang dah mula menggunung dan charger laptop yang saya tempah masih lagi belum sampai, maka saya mengambil keputusan untuk “berehat” seketika. So, saya mohon maaf kepada pembaca blog SyedHafidz.com yang setia menunggu post2 terbaru daripada saya. Ada juga yang menghantarkan sms bertanyakan khabar, yang sempat balas saya balas. Tapi rasanya semua saya balas.
Thanks…
Walaupun “berehat” beberapa hari, tak bermakna perniagaan saya di internet turut sama “berehat”. Semuanya berjalan lancar dan seperti biasa. Saya telahpun meng“hire” 2 orang rakan saya untuk menguruskan jualan produk dan projek2 yang akan dijalankan supaya semuanya smooth dan on the date. Saya sangat particular dengan masa sekarang ni, everything must be clear and punctual.
So, di atas komitmen yang dah mereka tunjukkan, bulan nie boleh saya up gaji…ho! ho! ho!
Cuba perhatikan tajuk post kali ni. Cuba teka apa yang saya nak tulis kali ni? (5 saat dari sekarang)
”
”
”
”
”
Teeeetttt! Masa tamat…
Dah teka?
Cuba lihat plak screenshot bawah nie:

Apa pendapat anda?
Ya betul!! Alhamdulillah setelah 4 bulan saya bertungkus lumus membangunkan blog ni, akhirnya penat lelah saya dah mula diganti dengan kejayaan blog SyedHafidz.com dinaikkan “pangkat” ke Page Rank (PR) 2/10. Bagi blog yang masih berusia tak sampai 4 bulan, PR2 merupakan satu permulaan yang baik dan selari dengan perancangan yang telah gariskan.
Kepada anda yang masih belum lagi kenal apa itu PR, Page Rank (PR) adalah “Di mana sesebuah laman web atau webpage berada pada listing enjin carian, apabila seseorang mencari keyword anda pada enjin carian. Jika PR anda baik, laman web anda disenaraikan pada mukasurat pertama dan 10 senarai teratas pada keputusan enjin carian” (Kamus Internet Melayu). Dalam ertikata yang lain, PR merupakan indicator yang mengukur “kepentingan” sesebuah laman web oleh enjin carian. Semakin tinggi PR, bermakna semakin tinggi kepentingan dan kedudukan laman web tersebut.
Jika anda ingin memahami PR dengan lebih mendalam dan bagaimana ianya beroperasi, sila ke laman berikut sebagai rujukan tambahan:
Baiklah, saya tak bercadang nak menerangkan lebih lanjut definisi PR. Yang paling penting untuk dikongsikan dalam post kali ini adalah bagaimana saya boleh menghasilkan PR tersebut dalam masa yang singkat? Apa rahsianya? Adakah saya menggunakan teknik blackhat supaya PR blog ni naik dengan cepat?
Saya akan berkongsi dengan anda teknik-teknik dan perancangan yang saya lakukan dari awal pada post akan datang. Saya masih lagi kurang bertenaga untuk memanjangkan tulisan post ni. Harap bersabar ye!
Sekian
Yang memerlukan rehat secukupnye,

Jan 21st
Mungkin saya boleh katakan minggu lepas minggu yang “malang” walaupun sebenarnya tiada minggu yang sebegitu dalam dunia ni. Mungkin sebab beberapa “tragedi” yang menyayat hati berlaku kepada saya. Walaupun ada sebahagiannya yang menjadi komedi..har! har! har!

Yang menariknya perkara2 “malang” yang menimpa saya berlaku berturut2 setiap hari. Jom review apa yang berlaku sepanjang minggu lepas kat saya:
5 hari lepas: Spek patah lagi. Kali ni terjatuh dari bangunan kolej. Masuk ni dah 3 kali saya tukar spek dalam tempoh tak sampai 6 bulan. Pelik kan? orang pakai spek setahun dua baru tukar. Tak pasal2 kena tukar frame baru. Nasib baik cermin tak pecah. Kalau tak, melayang la fulusku.
4 hari lepas: Charger Laptop terbakar. Ho! ho! ho!. Entah kenapa dengan tak semena2 charger laptop leh terbakar. ish2x…:( Saya kena tempah baru kat kedai komputer. Melayang RM 300…
3 hari lepas: Akibat terlalu over berlatih di gym, badan saya “cram”. Nak bergerak tak bleh dah… Rasa macam nak tercabut la badan…Sampai hari ni still rasa sengal2 satu badan..
2 hari lepas: Semua artikel yang saya buat untuk blog saya hilang. Camne boleh hilang Wallahua’lam…Saya pun tak pasti camne boleh hilang..Tau tau je bila cek kat dalam laptop dah hilang..Sampai sekarang saya masih menyiasat punca kejadian…Adakah ni angkara roomate ku?
1 hari lepas: Jatuh moto. Aduh..ni yang paling tak leh tahan. Dah la badan tak sembuh lagi (sila rujuk kejadian 3 hari lepas), pastu jatuh moto lak…Camne jatuh pun saya tak pasti..Masa tengah bawak moto nak balik kuliah tiba2 rasa macam ada benda licin dan terus tergelincir dan terus……………….(terlalu tragis untuk dinyatakan) Nasib baikla takde injured teruk. Luka2 sket je…
Hari ni: Alhamdulillah hari ni takda perkara malang yang menimpa. Semua baik-baik belaka.
Ujian……………..
Saya sedar dan insaf bahawa ini semua adalah ujian daripada Allah s.w.t. Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin juga ini bukti bahawa Allah sayangkan saya dan approach saya untuk mengingatiNYA dengan cara memberikan ujian yang kecil dengan harapan saya akan sentiasa mengingatiNYA.
Thanks Allah for remembering me!!
Sekian.
Wassalam.
Yang masih injured,

p/s: InsyaAllah esok saya akan kembali dengan info dan perkongsian baru bersama anda! Stay tuned with SyedHafidz.com
Jan 16th
Seingat saya, bulan lepas saya ada menulis artikel berkenaan dengan rahsia keagungan minda. Post kali ni merupakan kesinambungan daripada post yang terdahulu
Seperti biasa, di dalam post di blog ni, saya akan selitkan motivasi kekayaan supaya anda sentiasa “bermotivasi” dan “fresh”. Almaklumlah, kalau sepanjang masa hanya bercerita tentang tips perniagaan internet je, pasti ada yang bosan. Betul tak?
Percayakah anda kalau saya katakan bahawa semua benda ataupun tindakan datang daripada minda anda? Bagaimana anda menggunakan minda anda bagi menentukan apa yang anda lalui. Apabila anda perhatikan benda segala benda yang dicipta dan dihasilkan, ianya lahir daripada idea yang dikeluarkan oleh minda manusia. Oleh itu, sebelum sesuatu perkara atau benda terhasi, ia perlu melalui proses pemikiran dalam minda. Apabila anda ingin melahirkan benda yang nyata dalam dunia ni, anda perlu melihat kewujudan benda itu di dalam minda anda.
“Dunia minda anda menghasilkan dunia luar anda”
Oleh itu, apa yang berlaku ke atas diri anda bukanlah semata-mata nasib je. Adakah anda perlu menyalahkan takdir atas kemiskinan, kesusahan ataupun pelbagai lagi masalah yang anda alami?
Bayangkan seseorang yang ditangkap kerana menagih dadah pada hari ni. Kemudian, minta penagih tadi fikirkan kembali 5 atau 10 tahun lepas apakah yang telah beliau lakukan sehingga terjebak dalam najis dadah. Apakah pemikiran yang ada semasa beliau mula-mula terjebak dengan dadah? Ramai yang mengatakan bahawa mereka sekadar mahu mencuba dan ingin tahu. Mentaliti sekadar ingin cuba akhirnya memakan diri sendiri dan menyebabkan ketagihan.
Andaikan sekiranya seseorang itu disahkan menghidap penyakit diabetes. Cuba anda bayangkan apakah beliau makan setiap hari 5 tahun lalu. Jika beliau mengamalkan pemakanan dan cara hidup sihat, adakah penyakit ini akan datang?
“Setiap pilihan ataupun tindakan yang anda ambil hari ini akan memberikan kesan pada diri anda esok hari”
Hari ini kita sedang melalui zaman di mana maklumat dan juga idea boleh dijual beli dengan nilai yang besar dan harga yang mahal. Ini bermakna kekayaan sebenar manusia datangnya daripada pemikiran. Hanya dengan 1 idea saja orang dapat menjadi jutawan walaupun idea itu belum lagi direalisasikan dalam bentuk fizikal. Lihat bagaimana Bill Gates menjadi billionaire hanya dengan idea beliau mencipta sistem pemprosesan yang digunakan oleh semua komputer peribadi seluruh dunia.
“Hati-hati dengan fikiran anda kerana ia menjadi kata-kata, hati-hati dengan kata-kata kerana ia berubah menjadi perbuatan, hati-hati dengan perbuatan kerana ia akan menjadi kebiasaan, hati-hati dengan kebiasaan kerana ianya akan menjadi karakter anda, hati-hati dengan karakter anda kerana ianya menentukan masa depan anda “
- Alexender K. Taslim
Untuk Kaya, Anda Perlu “Kaya” Dulu
Sekian.
Wassalam.
Sahabat maya anda,

p/s : Dapatkan eBook Raja Affiliate Sekarang! Mulakan langkah pemasaran Affiliate dan lipatgandakan pendapatan anda hari ini juga! eBook berkenaan dengan Affiliate yang paling popular dan laris di Malaysia!! Maklumat lanjut sila klik di sini
Jan 12th
Jika anda ingin berjaya dalam perniagaan internet, inilah kuncinya. Di dunia ni, terdapat beratus-ratus juta lemon laman web. So, bagaimana anda nak memastikan yang laman web anda berbeza dengan laman web yang lain? Jawapannya mudah saja. Promosikan laman web anda!
Promosi yang berkesan akan menghasilkan jualan yang memberangsangkan!

Gambarajah. Signifikasi antara promosi/pemasaran, pelawat dan pelanggan
Untuk mengukur keberkesanan laman web perniagaan anda, gunakan ketiga-tiga indikator di atas. Ianya penting untuk memudahkan anda membuat post mortem strategi promosi dan pemasaran anda. Ingat pesan saya, promosi dan pemasaran yang berkesan akan menghasilkan impak jualan yang berganda-ganda kepada anda!
Wassalam.
Sahabat maya anda,

Jan 10th
Post saya kali ni pendek je. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1429 kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam khasnya kepada rakan-rakan IM dan pembaca setia blog SyedHafidz.com. Semoga tahun baru yang kita hadapi akan memberikan 1 keazaman yang baru untuk sentiasa berubah dan mencari kebahagiaan dan kejayaan dunia & akhirat.
Salam sayang,
