Rahsia Model Perniagaan Drop Ship – Siri 2

Sambungan siri 1…. Jika anda masih belum membaca siri 1, sila klik di sini

Bagaimana Cara Memilih Drop Shipper?

Satu persoalan yang perlu difikirkan, bagaimanakah cara memilih pengilang (drop shipper) yang mempunyai kredibiliti dan reputasi yang baik? Kaedah yang terbaik ialah dengan membuat sedikit “home work” di internet, anda akhirnya akan berjumpa dengan pengilang @ pengedar yang baik.

  • Seboleh-bolehnya, anda perlu mencari pengilang berbanding pengedar. Untung mendapatkan margin keuntungan yang lebih besar, elakkan membuat dropship melalui pengedar @ orang tengah.
  • Sekiranya tidak berjumpa dengan pihak pengilang ataupun mereka tak setuju dengan tawaran anda, pilihan seterusnya adalah pengedar. Cara yang terbaik untuk mengetahui pengedar yang terbaik, anda boleh bertanya sendiri dengan pihak pengilang, siapakah pengedar yang terbaik daripada semua pengedar yang membeli daripada pengilang tersebut.

Ada beberapa persoalan penting yang perlu diperhatikan sebelum membuat perjanjian dengan mana-mana drop shipper:

1. Berapakah harga yang boleh ditawarkan oleh mereka?

Anda perlu pastikan harga yang ditawarkan mereka rendah dan membolehkan anda membuat keuntungan dengan baik.

2. Adakah mereka mengenakan caj pengeposan?

Kebanyakkan syarikat drop ship telahpun memasukkan sekali caj pengeposan dalam harga produk, tapi ada juga yang mengenakan caj berasingan dengan produk. Kena cek betul-betul…

3. Bagaimana bayaran dikenakan?

Kebanyakkan syarikat drop ship akan membilkan kredit kad anda setiap kali menerima pesanan daripada anda. Tapi, ada juga yang mengenakan bil bulanan.

4. Bagaimana produk dipos?

Kebanyakkan syarikat drop ship berada di luar Malaysia. So, selalunya syarikat ini menggunakan UPS @ FedEx. Perkara paling penting, tanya mereka nombor pengeposan kerana ini akan mengurangkan risiko masalah apabila pelanggan bertanyakan di mana pesanan mereka atau bila pesanan mereka akan sampai.

5. Apakah polisi mereka apabila terdapat pemulangan produk?

Syarikat drop ship yang berkredibiliti mempunyai polisi jaminan ke atas produk tersebut dan akan memulangkan kembali wang anda apabila pelanggan tidak berpuas hati. Jika drop shipper enggan, anda boleh mencari syarikat yang lain. Customer is prioroty!!

sambung ke siri ketiga akan datang…..

Sahabat maya anda,

p/s : Dapatkan segera eBook Raja Affiliate. eBook berkisar tentang Affiliate yang paling laris di Malaysia…!!

Rahsia Model Perniagaan Drop Ship – Siri 1

Salam sejahtera,

Sejak akhir-akhir ni, saya perhatikan banyak usahawan internet menjual produk digital terutama eBook. Mungkin kerana kos penghasilannya yang sangat rendah (menghampiri sifar) dan margin keuntungan yang tinggi (menghampiri 100%) membuatkan ramai yang ingin mencubanya. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang dah pun menghasilkan produk masing-masing. :)

Jika diperhatikan sedalam-dalamnya, sebenarnya menjual produk fizikal pun tak kurang juga menguntungkan. Anda sebenarnya masih boleh lagi mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan sehingga 100%. Caranya ialah dengan model perniagaan drop ship.

Model perniagaan drop ship ialah perjanjian yang dibuat antara anda dan para pembekal produk (biasanya pengilang dan pengedar) di mana proses pembungkusan dan penghantaran produk dilakukan oleh mereka. Dalam ertikata lain, anda hanya perlu menjual kualiti dan jenama di samping membuat keuntungan, manakala pihak lain (pengilang dan pengedar) bertindak memenuhi pesanan daripada pelanggan.

Saya akui tak semua di kalangan anda mempunyai masa menghasilkan sesuatu produk. Tambahan pula, kesukaran mendapatkan stok, menyediakan ruang stor bagi menyimpan stok ataupun proses penghantaran atau pengeposan yang rumit dan memakan masa. Jadi jawapan yang terbaik bagi masalah ini ialah drop ship.

Kalau dalam perniagaan konvensional, saya boleh katakan anda seperti dealer atau orang tengah bagi sesuatu produk.

Bagaimana Model Dropship Berfungsi?

Katakan Ali (Bukan nama sebenar) ingin menjual jersi pasukan bola sepak. Kemudian, Ali membina laman web dan menjual jersi dan dijual pada harga USD 40. Seorang pelawat laman webnya membuat pesanan dan membayar USD 40 ditambah USD 10 kos penghantaran. So, jumlah semuanya USD 50

Ali kemudiannya menghantar email segala maklumat pesanan dan penghantaran kepada pihak pengilang. Pihak pengilang kemudian bertindak membungkus dan menghantarnya kepada pelanggan Ali.

Kemudian, pihak pengilang akan mengecaj Ali pada harga borong, katakan USD 20 ditambah USD 10 bagi kos penghantaran. Jumlah caj yang dikenakan pihak pengilang kepada Ali ialah USD 30. So, selepas tolak kos (USD 50- USD 30), Ali akan mendapat keuntungan bersih USD 20. Apa yang perlu dilakukan oleh Ali hanyalah menghantarkan email kepada pengilangnya.

Mengapa Dropship?

  1. Tidak lagi menghadapi kesukaran mengepos produk tersebut.
  2. Menjimatkan kos pengeluaran. Tidak perlu lagi menghabiskan banyak wang bagi membuat dan mengeluarkan produk itu.
  3. Tiada stok untuk disimpan. Apabila produk yang dijual sudah lapuk di pasaran, anda tidak perlu menanggung beban simpanan stok yang tak terjual. Ramai peniaga internet yang menyimpan banyak stok terpaksa mengalami kerugian besar apabila terjadi perkara sedemikian. Mereka terpaksa menjual dengan harga rugi.
  4. Anda boleh menambah produk tersebut mengikut permintaan. Dengan tiada stok disimpan, maka takdalah anda pening kepala memikirkan masalah tersebut. Jadi, tiada masalah juga jika anda menambah apa-apa produk terkini mengikut permintaan pelanggan.

Bersambung ke siri kedua esok….

Antara yang menarik siri-2

  • Rahsia Memilih Pengilang (Drop shipper)
  • Perkara yang perlu diperhatikan
  • Rahsia Drop ship

Sahabat maya anda,

p/s: Sebenarnya banyak jalan yang boleh anda gunakan untuk memulakan perniagaan internet. Tidak semestinya menjual produk fizikal tak boleh dapat keuntungan 100%. Belum cuba belum tau.. :)

http://www.RajaAffiliate.com

Tak Boleh Tengok Tapi Boleh Jual

Salam sejahtera pembaca budiman yang dihormati sekalian,

2 3 hari ni saya memang sibuk sket dengan kerja mendokumentasikan perancangan e-bisnes saya untuk tahun depan. Sekarang ni saya dah mula menyenaraikan nama-nama yang bakal saya gunakan untuk syarikat saya. Lepas ni, saya akan masuk pulak pada proses branding, visi & misi syarikat. Semuanya perlu diperhalusi supaya gerak kerja yang bakal dijalankan licin selicinnya. So, saya tak dapatla nak kerap menulis artikel di blog ni. :(

Sejak akhir-akhir ni saya perhatikan semakin ramai yang mula menceburkan diri dalam perniagaan internet. Saya terima banyak private message di forum wangcyber daripada mereka yang mengaku newbie dan mintak pandangan saya bagaimana nak memulakan perniagaan internet. Ini merupakan suatu perkembangan yang baik pada industri perniagaan internet di Malaysia. Kalau kita tak tau kenala rajin bertanya. :)

Kebanyakan soalan yang dikemukan ialah apakah produk yang boleh dijual? Yang mana satu menguntungkan?

Kadang-kadang saya tersenyum sendiri bila melihat soalan yang dikemukan coz dulu saya pun ajukan soalan yang sama gak. ho! ho! ho! Tak caye boleh tanya Abg Sham RajaAds yang tak jemu-jemu melayan soalan-soalan saya yang kadang-kadang tak masuk akal tu :)

Jika anda ingin menjual produk, 1 idea yang boleh saya kongsikan ialah menjual produk unseen but sold. eh, ape kebendenye tu? Tak pernah dengar la pulak… Kalau diterjemah dalam bahasa melayu, unseen but sold ialah tak boleh tengok tapi boleh jual…hehehe.. Jual ape tu ek? Macam magic lak tak boleh tengok tapi leh jual.

Produk unseen but sold sebenarnya adalah proses mengembangkan idea anda bagi mendapatkan apakah produk yang sesuai dijual di internet. Apabila anda masih lagi tak berupaya memikirkan apakah kepakaran bidang anda ataupun masih tak nampak apakah produk yang boleh dijual, anda boleh lakukan sedikit proses pengembangan idea. Proses ini kadangkala dianggap lekeh tapi selalunya ada perkara penting yang anda selalu tertinggal.

Misalnya, jika anda seorang peminat sukan bola sepak (saya peminat setia Liverpool…hehe), apakah potensi yang ada pada sebiji bola sepak? Saya senaraikan di bawah:

  1. Bola sepak
  2. kasut bola
  3. Cenderamata bola
  4. Blog peminat kelab bola sepak
  5. Forum berkaitan dengan kelab bola
  6. Koleksi VCD/DVD berkaitan bola sepak
  7. Poster-poster pemain bola sepak yang terkenal
  8. Klinik bola sepak
  9. eBook teknik bermain bola dengan betul
  10. Berita terkini perkembangan bola sepak

Bagaimana? Saya dah menyenaraikan 10 jenis peluang perniagaan dalam bola sepak. Inilah yang dikatakan mengembangkan idea daripada sebiji bola anda lihat. Sebenarnya anda boleh menyenaraikan banyak lagi peluang daripada sebiji bola ni. Unseen tapi semuanya boleh dijual.

Kadangkala kita terlepas pandang banyak perkara penting daripada sesuatu perkara yang kecil. Seperti contoh di atas, kesemua 10 perkara boleh dijadikan sumber pendapatan di internet. Apa yang penting, senarai pendekkan apakah yang mudah didapati dan senang diuruskan.:)

So, anda dah tak boleh lagi bagi alasan takda idea nak jual produk di internet.

Sekian.

Wassalam.

Sahabat maya anda,

En Mohd Yuzlan Yusoff Sila Hubungi Saya

Salam sejahtera,

Saya ada pengumuman penting yang hendak disampaikan.

Ada tak sesiapa yang di kalangan anda yang mengenali En Mohd Yuzlan Yusoff?

Semalam (24hb), saya menerima email daripada maybank2u yang menyatakan bahawa nama seperti di atas (En Mohd Yuzlan) telah melakukan transaksi sebanyak RM 62.00 ke akaun saya. Pada mulanya saya ingatkan beliau melakukan pembelian untuk mendapatkan eBook Raja Affiliate Pakej 2. Tapi bila saya cek pada pengesahan pembayaran di email, tak da pulak tertera nama beliau. So, saya beranggapan maybe beliau terlupa nak mengisikan borang pengesahan pembayaran. Boleh lihat penyataan di email saya seperti di bawah:

(Sila Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas)

So, saya harap kepada anda yang mengenal beliau boleh mamklumkan kepada saya email/no tel supaya saya dapat menghubungi beliau.

Sekiranya En Mohd Yuzlan telah membaca post ni, sila menghubungi saya di rajaaffiliate@gmail.com @ sms/call di 012-9233056. Saya tak dapat nak menghubungi En kerana no tel @ email En tak disertakan.

Harap maklum.

Sekian.

Sahabat maya anda,

Laaaa….tukaq lagi ka?

Salam sejahtera,

Saya ingat da;am tempoh tak sampai 2 bulan ni, dah 3 kali tukar saya theme. Kali ni saya memilih theme yang lebih simple & ruang yang lebih besar. Rasa lapang sket nak menulis & membaca…betul tak? :)

So, jangan terkejut lak. Anda masih lagi berada dalam blog Syed Hafidz. Aku masih di sini!!

:)

Sekian.

Sahabat maya anda,