Sudah Tukar Ka??

Salam sejahtera pembaca yang dihormati sekalian,

Eh!! Betuiii ka ni? Betul ke ni blog Syed Hafidz ni?

Mesti tu yang sedang anda fikirkan sekarang? Betul tak?

Jangan bimbang kerana anda masih lagi berada dalam blog yang betul. Ulang sekali lagi, anda masih berada dalam blog yang betul! Blog SyedHafidz.com! hohoho

Saya baru je lepas tukarkan kepada theme yang baru tadi. Kenapa ek?

Tujuan utama saya menukarkan warna pada theme coz nak selarikan dengan warna laman web perniagaan saya. Biar Nampak sehati sejiwa gitu. Tambahan pulak, saya memang suka dengan warna biru.

Seperkara lagi, seiring dengan pertukaran theme pada blog ni, saya juga akan menambah 1 item perbincangan baru iaitu pelaburan (investment). Saya dah mula berjinak-jinak dengan dunia pelaburan internet (Walaupun usiaku masih muda remaja lagi).

Jangan terkejut la ek kalau post2 akan datang berkaitan dengan pelaburan.

Sekian.

Wassalam..

 

p/s: Saya tak dapat nak menghantarkan post kerap sehingga hujung bulan ni coz exam tak abis2 lagi. Ada 1 lagi paper 28hb ni. Doakan kejayaan bersama!!

Buat Duit Dengan Panduan Mudah FTP Dari SmartZul

Salam sejahtera pembaca yang dihormati sekalian,

Hari ini saya nak review produk terbaru keluaran saudara Zul SmartUsaha iaitu Panduan Mudah FTP. Saya pasti anda sudah mengenali saudara Zul kerana beliau merupakan usahawan internet yang prominent di negara ni. bagi yang belum mengenali beliau, sila klik di sini.

eBook Panduan Mudah FTP ni saya beli semalam dengan harga RM 20.00. Amat murah jika dibandingkan dengan isi kandungannya yang setebal 80 mukasurat. 1 lagi yang menarik perhatian saya, eBook ini disertakan dengan Master Resale Right (Hak Jualan Semula). Anda boleh menjual semula eBook ini dan mengambil keuntungan 100% daripadanya. Menarik bukan??

Jika anda masih belum dapatkannya, sila dapatkan sekarang di sini

Setelah anda mendownload eBook ni, anda akan mendapat:

eBook Panduan Mudah FTP terletak dalam folder Bahan Pelajaran. eBook ini mengandungi 80 mukasurat. Bahagian pertama menceritakan Asas Internet termasuk cara HTML berfungsi. Bahagian kedua pula mendalami topik nama domain dan hosting. Tips juga dibri mengenai pemilihan nama domain dan hosting.

Bahagian ketiga pula mengenai FTP, perisian untuk FTP dan sebagainya. Bahagian ini agak terperinci dan setiap langkah disertakan dengan gambar screenshot bagi memastikan sesiapa saja dapat FTP dengan baik. Bagi pihak newbies yang masih confuse lagi dengan cara nak FTP file ke server anda, ebook ini amat bagus untuk dibaca.

Bahagian seterusnya memberikan tutorial yang anda boleh cuba bagi mengukuhkan lagi pemahaman anda tentang FTP. Tips-tips juga diberi pada bahagian ini, tapi saya tak nak bercerita panjang, anda kena baca sendirilah … :)

Oh ye, file-file lain di dalam pakej Panduan Mudah FTP adalah bagi membolehkan anda menjual-semula eBook Panduan Mudah FTP. Zul telah menyediakan step-by-step instructions yang mudah diikuti bagi membolehkan anda menjual ebook ini kembali melalui sistem pembayaran Maybank2U

Dengan menggunakan sistem EMS (Easy Master Resale Right System), anda tak perlu lagi bersusah payah untuk mengubah file2 yang terkandung dalam web jualan. Memang mudah untuk newbie yang berminat nak menjual produk tapi tak ada produk sendiri.

Klik pada gambar di bawah

ftpcoverbig.jpg

Peluang Buat Duit di Internet…

Anda ingin membuat duit di internet? Tapi takde produk sendiri untuk dijual? eBook ini adalah peluang keemasan anda. Mengapa saya katakan begitu??

Dengan pembelian eBook ini, anda turut mendapat Master Resale Right (Hak Jualan Semula). Dalam ertikata lain, anda boleh menjual semula eBook ini dan mengambil keuntungan 100% daripadanya. Anda boleh menjual pada harga minimum RM 20.00. Saya berjaya membuat 3 jualan dalam masa tak sampai 24 jam. :) Anda pasti boleh lakukan perkara yang sama…Saya yakin..!!

Tawaran Istimewa….

Sebagai tanda penghargaan saya kerana anda sudi melayari blog ini, saya ada tawaran istimewa untuk anda.

Jika anda membeli eBook Panduan Mudah FTP melalui link saya, maka saya akan berikan anda kupon diskaun sebanyak RM 10.00 bagi pembelian eBook Raja Affiliate

Bagaimana??

Inilah peluang anda untuk memilik eBook Raja Affiliate dengan harga yang murah.

Apa tunggu lagi? Sila layari:

www.Bisnesmaster.com/panduanFTP

Selepas anda melakukan pembelian, saya akan berikan kupon diskaun kepada anda.:)

Sekian..

Wassalam..

 

 

 

4 Kaedah Promosi Link Affiliate Menggunakan Blog

 

Salam sejahtera pembaca yang dihormati sekalian,

Seingat2 saya, ini merupakan kali pertama saya memberikan tips Affiliate dalam blog ni. Saya mendapat banyak mesej daripada pembaca dan pembeli eBook Raja Affiliate bertanyakan mengapa saya tak beri tips Affiliate di blog. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yang sudi memberikan cadangan yang amat bernas…hehehe..Sayang juga korang kat saya yekk…

Toche !! toche !! toche !!

Sebenarnya saya memang dah lama nak menulis artikel berkenaan pemasaran Affiliate (Affiliate Marketing) di blog, cuma masa saya agak terbatas coz saya sedang menghadapi exam bulan ni. Saya hanya online pada pukul 12 malam je tiap2 hari. Tu pun hanya nak cek blog & pengesahan pembelian eBook Raja Affiliate. Kadang2 jela saya sempat memberikan komen pada blog2 kesukaan saya (di blogroll) dan berforum. Kalau pembaca-pembaca perasan, saya hanya memberikan post2 ringkas je sebelum ni. =)

Baiklah, saya akan berkongsikan dengan pembaca berkenaan dengan teknik mempromosikan link Affiliate anda di blog. Kepada yang masih lagi belum mempunyai blog dot com, anda boleh mendapatkan panduan asas memasang blog wordpress tulisan saudara Zul Smartusaha anda di sini.

4 Kaedah Mempromosikan Link Affiliate Anda di Blog

  • Membuat Post Review Produk

Secara umumnya, kaedah ini sangat popular dan banyak saya lihat dilakukan oleh blogger yang menyertai program Affiliate. Kaedahnya sangat mudah, anda hanya perlu membuat review produk Affiliate tersebut dan meletakkan link Affiliate. Walau bagaimanapun, beberapa perkara perlu dititikberatkan ketika anda membuat review produk:

1- Pastikan anda hanya menerangkan kelebihan produk.

2- Elakkan berceritakan kekurangan produk (walaupun mungkin ada) bagi mengelakkan persepsi negatif pelawat pada produk tersebut.

3- Pre-sell (Pra-jual). Anda tidak perlu menceritakan secara detail mengenai produk tersebut. Cukuplah anda hanya menceritakan secara sepintas lalu tentang kelebihan porduk tersebut. Selebihnya anda hanya perlu approach pelawat supaya klik ke link Affiliate anda.

  • Meletakkan Banner Pada Sidebar

Kaedah ini pun sangat biasa dilakukan oleh bloggers. Kebiasaannya, pemilik laman web perniagaan yang menawarkan program Affiliate akan menyediakan banner iklan yang menuju ke link Affiliate anda. Anda hanya perlu meletakkan banner tersebut ke blog anda. Walau bagaimanapun, sila pastikan yang banner yang diletakkan di tempat yang strategik. Jangan menyorok lak..Sapa nak klik nanti..uuhuhu

  • Membuat Podcast Dengan Pemilik produk

Teknik ini jarang digunakan oleh blogger di Malaysia tapi amat popular di negara luar. Caranya mudah, anda hanya perlu menyediakan video rakaman/audio temubual anda dengan pemilik produk berkenaan. Pemilik produk berkenaan akan menerangkan sendiri mengenai kelebihan produk tersebut. Kemudian, beliau sendiri yang akan menggalakkan pelawat untuk melakukan pembelian melalui link Affiliate anda.

  • Membuat Interlink di Blog

Sesudah anda membuat review sesuatu produk Affiliate, anda boleh melakukan interlink di blog anda. Caranya, pada post2 semasa, anda boleh cuba mengaitkan post tersebut dengan link post review. Kemudian, anda boleh membuat link ke page berkenaan. Dengan itu, anda masih dapat menarik pelawat untuk ke link Affiliate anda melalui post review tersebut.

Hakikatnya…

Seorang blogger terkenal Malaysia, Mr Gobala Krishnan berjaya menghasilkan jualan lebih USD 1000 hasil daripada promosi link Affiliate melalui blog sahaja. Ini membuktikan bahawa blog dapat menghasilkan pulangan yang lumayan jika kena caranya. Blog memberikan ruang yang besar kepada anda untuk mempromosikan link Affiliate secara ”live”.

Itu saja tips utk kali ni..pada post2 akan datang saya akan berkongsikan lagi pelbagai tips Affiliate dengan anda. Teruskan membaca blog SyedHafidz.com!!

Sekian.

Wassalam.

 

 

p/s : Jika anda inginkan special coach daripada saya mengenai pemasaran Affiliate, jadilah pembeli eBook Raja Affiliate hari ini. Saya akan berikan anda intensive training sehingga anda berjaya mendapatkan komisen Affiliate yang pertama.!! Dapatkan eBook Raja Affiliate di sini.

 

Pengumuman..

Salam sejahtera pembaca yang dihormati sekalian,Hari ini saya tak berapa sihat siket..Sejak dua tiga hari ni batuk-batuk je…Tau2 je pagi tadi dah demam kura-kura…=(

Post kali ni saya tak berniat nak menulis panjang (tak leh mengadap laptop lama2, pening kepala).. Cuma nak buat 2 pengumuman je:

1) Raja Affiliate Dah Berubah Wajah

Fulamakkk…Tiba2 je demam macam ok sket.=) Laman web bisnes saya, RajaAffiliate.com dah berubah wajah. Leh tengok sendiri perubahan wajahnya di sini.Dulu…..(September – Oktober)

new-picture-52-copy.jpg

Tadaaaa…..ni plak yang terbaru…=)

 

Kini dan selamanya.…..(November – ???)

untitled-1-copy.jpg

hohoho…Sekarang, RajaAffiliate.com dah semakin comel, elegan, profesional dengan salesletter yang lebih ”membunuh”. Buktinya, tak sampai sehari minisite baru ni diupload, dah ada 3 orang pembeli. Thanks diucapkan kepada roomate ku yang menjadi tukang pengupload ketika ku tak sihat semalam. Nanti aku belanja hang makan…hehehee

Bukan setakat tu je, saya juga membuat beberapa update terbaru pada eBook tersebut dengan info dan teknik-teknik terbaru. Pendek kata, RajaAffiliate.com sedang mengalami ”kelahiran semula”. Saya nak wat launch besar-besaran tapi tak sempat coz tak cukup masa. Sekarang tengah exam, so jarangla online. Siapa yang leh bantu promote eBook saya? Saya bagi komisen…hehhee…nak? kalau nak klik sini.

2) Forum Wang Cyber Kembali !!

Forum Komuniti usahawan internet popular di Malaysia, WangCyber.com dah kembali!!Hampir seminggu lepas, kita dikejutkan dengan WangCyber .com kena suspended. Tapi, pemilik forum, saudara Shuth dah bagi penjelasan tentang hal ni. Boleh rujuk di sini .

1 lagi yang menarik, selepas di buka semula, nampaknya Wang Cyber pun seolah-olah mengalami ”kelahiran semula” . Boleh tengok gambar terbaru forum tersebut di bawah:

logo.gif

So, rakan-rakan, jomlah kita meng”i’marah”kan forum komuniti ni.Sekian.

 

p/s : Camnila tulisan orang bila dah demam kura-kura… mamai je…

Berhati-hati Dengan Blog Percuma

Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma
oleh Zamri Nanyan

Ada banyak yang bertanyakan saya… macam mana nak bina blog secara percuma?

Saya anggap ini merupakan soalan daripada newbie… jadi saya tak sentuh mengenai blog yang dipasangkan di website sendiri (walaupun ini merupakan saranan terbaik saya).

Untuk permulaan, anda ada 2 pilihan.

1. www.Blogger.com

2. www.Wordpress.com

www.Blogger.com lebih baik sekiranya anda ingin mempromosikan produk sendiri, produk affiliate atau online MLM. Di sini anda juga boleh meletakkan kod Adsense anda di mana jika ada yang klik di iklan Adsense ini, anda akan mendapat bayaran daripada Google.

www.Wordpress.com juga adalah percuma. Versi yang anda boleh pasang di webserver lagi banyak kelebihannya tetapi untuk versi percuma di www.Wordpress.com, tak banyak ‘feature’ yang anda boleh tambah.

Kedua-dua perkhidmatan di atas adalah antara yang terbaik tetapi saya pernah mengharungi satu pengalaman buruk bersama www.Wordpress.com dan pernah juga dengar masalah dengan www.Blogger.com

Semasa pelancaran ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM, saya menggunakan www.Wordpress.com untuk pre-launch campaign. Banyak juga yang saya muatkan di situ dan banyak juga trafik ke laman blog tersebut.

Satu hari, saya dapat berita daripada seseorang yang mengatakan blog saya dah kena ‘banned’. Lepas membuat semakan sendiri, memang benar yang blog saya sudah dipadamkan.

Saya pun hantar satu email kepada support dan balasannya mudah – saya telah mempromosikan MLM di www.Wordpress.com. Ianya melanggar terma dan syarat mereka walaupun saya sebenarnya menggunakan blog tersebut dengan tujuan memberikan berita terkini mengenai pelancaran ebook saya dan bila dirayu untuk mendapatkan kembali kandungan blog tersebut, jawapannya “sorry”. :)

Ramai juga individu yang menyatakan blog dari servis www.Blogger.com yang mereka gunakan hilang walaupun saya belum pernah mengalaminya lagi.

Jadi, sebagai permulaan, gunakan www.blogger.com untuk percubaan atau membina blog untuk mempromosikan produk anda tetapi cepatlah bertukar ke blog yang dipasangkan di laman web anda sendiri selepas anda berjaya belajar menggunakan blog di servis percuma ini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Laman web utama beliau ialah http://www.zamrinanyan.com dan sekiranya berminat dengan produk pembangunan diri yang terbaik, sila lawati http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut.

*** Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda dengan syarat biodata Zamri Nanyan disertakan bersama. Artikel ini boleh juga disebarkan melalui email.